Bertemu lagi hari ini. Hari sabtu. 26/1/13. Dah nak closing. Tinggal berapa hari lagi. Tapi masih ada masa untuk buat sale. Masih sempat taja & urus dana. Tak dapat penuh, dapat sikit-sikit pun ok. Boleh tambah lagi PV & BV. Tambah itu, bererti tambah income.
Bulan Disember 2012, daftar ahli. Beli barang RM20K. Pangkat SM. Dapat bonus sekitar RM4XXX. Bulan ini bulan ke-2. Mesti jadi SSM. Bagi sikit tekanan pada diri. Bukan banyak pun. Hanya perlukan sale RM40,000 lagi. Juga perlukan seorang SM. Kalau nak mudah. Dapatkan 2 rakan kongsi baru. Setiap seorang tu juga buat sale sebanyak RM20K seorang. Dua-dua ini mesti dari kaki yang berbeza. Susah ke senang. Masa yang ada bukan sikit. Hampir 30 hari. Tak kan tak dapat kot.
Masa kami awal-awal masuk dulu. Jadi SSM di bulan ke-2 adalah satu kemestian. Hari-hari upline ingatkan. Hari-hari upline pasak dalam kepala. Hari-hari upline sms, ingatkan target bulan tersebut. Apabila hari-hari upline ingatkan, kita jadi lebih bersemangat. Kita jadi lebih sungguh-sungguh. Kita jadi lebih rajin. Dalam kepala, tak pernah persoal. Kenapa aku kena jadi SSM? Ikut cakap sajalah.
Bila dah ambil itu sebagai sasaran. Tak habis bulan dah dapat. Tak susah mana pun. Tak payah mana pun. Mula-mula kita buat, prospek masih lagi ramai. Adik beradik, sedara mara & rakan sepejabat. Mudah dapat appt. Bawa upline. Biar upline bantu kita.
Sejak akhir-akhir ini. Trend bulan ke-2 mesti jadi SSM dah tak sehangat dulu. Tak sungguh-sungguh jadi. Tak paksa jadi. Tak push sampai jadi. Kena ubah. Balik asal. Setiap yang masuk, mesti SSM bulan ke-2. Jangan tak jadi. Dulu boleh jadi. Kenapa sekarang tak boleh jadi. Lebih-lebih lagi ada BVSM. Lagi musah. Lagi senang. Lagi cepat. Silap-silap bulan pertama pun dah boleh terus jadi SSM.
Perlukan 2 orang. Masa 30 hari. Pikir sendiri. Berapa lama masa yang ada. Kena ingat. Nak 2 orang. Kena jumpa mesti lebih 2 orang. Tak semua prospek, akan join. Mungkin kena jumpa 10 orang, baru satu yang join. Tergantung kepada rezeki seseorang. Tergantung kepada potensi prospek. Kalau prospek kerajaan. Lebih mudah. Dana senang lulus. Kalau muda. Lagi cepat lulus. Kalau dah berumur, lambat sikit. Dah banyak loan. Prospek swasta lambat sikit. Kalau lulus dana, jarang dapat penuh.
Banyak juga berlaku. Baru-baru join. Excited punya pasal. Tak pilih langsung prospek. Main jumpa je. Bila tak selektif, apa yang berlaku. Ramai yang jumpa, semuanya reject. Bukan reject tak nak join. Dana tak dapat. Bila terjadi. Semangat kempis. Jadi down. Semangat jadi 0.
Selektif kat sini, prospek kerajaan kena ada. Jangan pilih swasta sahaja. Selektif kat sini. Pilih prospek yang agak-agak boleh buat dana. Kalau sah-sah tak leh buat dana. Ketepi dulu. Cari yang boleh dulu. Ini untuk elakkan kita dari kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan