Jom Follow

Jumaat, 18 Januari 2013

Matinya Sebagai Seorang Penakut...

Hidup tanpa daya
Sebab daya ditindih ketakutan
Setiap hari seperti mati berulang kali
Setiap saat berharap menjadi semut
agar bisa menjadi tidak kelihatan.

Sekarang setelah mati
baru aku menyedari
bahawa ketakutanku membantu 
penindasan 
dan sikap tidak berdaya telah
menyuburkan ketidakadilan.

Puisi WS Rendra;"Kesaksian Bapak Saija."

Ulasan ini aku kutip dari Harakah, keluaran hari ini. Sangat menarik untuk dikongsikan. Aku macam bersalah pula, kalau tak share. Jangan marah, ye. Bukan semua orang baca harakah. Kalau baca harakah sekalipun, ada juga yang terlepas pandang kolum 'Cetusan Idea' oleh Abdul Shukur Harun.

Menerusi puisinya 'Kesaksian Bapak Saija', Rendra menampilkan Pak Saija yang bangkit dari alam barzah untuk membuat kesaksian betapa menyesalnya beliau menjadi manusia penakut selama hidupnya. Dia takut membuka mulut untuk memprotes ketidakadilan. Dia takut melawan kerana melawan bererti mati. Tetapi ternyata akhirnya Pak Saija mati juga sebagai korban kezaliman.

Dia mati walaupun tidak melawan. Dia menyesal, tetapi sayang, dia telah terlambat, kerana penyesalan itu timbul hanya sesudah mati dibunuh dan mayatnya ditendang ke dalam longkang...Nak tahu sambungan sila ke Harakah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger