Wahai kawan-kawan. Aku pernah catatkan pada blog ini. Bagaimana kami bina biz ini dari mula hingga kini. Salah satu cara yang kami bina ialah iklankan kelebihan PB dalam majalah-majalah. Antara majalah yang kami iklankan ialah Mingguan Wanita.
Salah satu contoh iklan yang keluar dalam Mingguan Wanita, tahun 2004. |
Ketika kami iklankan PB dalam majalah. Masa tu tak ramai yang tahu pasal PB. Tak ramai yang pakai PB. Ramai lagi yang tak pernah dengar sekali pun PB. Sambutan hangat, dari seluruh negara. Dapat call dari seluruh negara, termasuk Brunei. Seronok sakan buat biz, ketika itu. Bila keluarnya iklan dalam majalah. Minggu tu, banyak call akan masuk. Sape-sape yang masuk nama. Kena bersedia, nak jawab call. Lambat angkat, customer akan call no yang seterusnya. Sape berada kat atas, sudah tentu akan dapat banyak call. Call ke-2, banyak sudah tentu no yang ke-2 dan begitulah seterusnya.
Jual pun cash masa tu. Mana ada hutang. Tak ada bayar kali-kali. Kalau customer berminat biz, kami taja. Itu salah satu sebab, network berkembang seluruh negara. Kami akan jumpa customer luar KL biasanya hujung minggu. Sabtu dan ahad. Kalau dekat-dekat, adakalanya kami jumpa lepas sekolah. Kalau setakat N9 & Melaka. Kena ingat, masa tu LPT belum ada. Jadi Pahang & Terengganu kena tunggu hari minggu baru kami boleh turun. KT salah satu pasaran PB yang hangat ketika itu.
Ketika inilah PB jadi satu fenomena. Sebut je pakaian dalam, terlintas dalam minda masyarakat PB. Masa tu PB telah menutupi syarikat Hai-O. Orang kenal. Orang tu. Hanyalah PB. Kita demo pun tak sebut pun Hai-O. Tapi bila nak jadi ahli, baru mereka tahu pasal Hai-O.
Brand Halle. Guna Haliza Misbun sebagai duta produk. Keluaran De Bella. |
Bila dah jadi fenomena. Banyak jenama-jenama pakaian dalam keluar/muncul di pasaran. Nak bersaing dengan PB. Harga pun lebih murah. Antaranya Halle & Jealousy. Lain-lain jenama tu ada lagi. Aku dah tak berapa ingat. Tapi semuanya telah terkubur sekarang. PB masih bertahan sehingga kini. Bukan sahaja bertahan, malah jualannya makin meningkat.
Ini pulak jenama Jealousy. Zila Bakarin jadi model. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan