Jom Follow

Isnin, 14 Januari 2013

Jumpa Dua CDM

Selamat pagi semua. Hari ini, awal-awal dah buat entri baru. Kerajinan melampau. Semangat punya pasal. Teruja bila renung impian-impian 2013. Kalau asyik peluk tubuh je, kompom impian tinggal impian. Impian 2013, banyak guna duit, so kena kerja lebih 'gile-gile'. Jangan gile betul sudahla. Kumpul duit dan capai impian tersebut. Berani berimpian. Berani bertindak. Pendek kata, kena kaya baru impian boleh capai. Nak beli rumah. Nak gi Haji & Umrah. Nak melancong. lagi!lagi!lagi!

Hari ini, isnin. Hari paling bertuah. Hari paling untung. Sebelum tu, aku nak share sikit. Kisah semalam punya. Taklah bagus sangat. Tapi tak salah kalau aku kongsi. Mana tahu, dapat sikit info. Dapat inspirasi. Semalam terima call. Lebih kurang 12.30 tengahari. Ketika itu kami dalam perjalanan balik dari Bandar Baru Bangi. Ambil anak dan maid balik. Mereka tidur rumah sedara kat Bandar Baru Bangi. 

Nak jumpa jam 1 tengahari. Tapi kami anjak sikit ke jam 2 petang. Pelik juga. Kami tak pernah kenal. Tak pernah jumpa. Dia kenalkan sebagai kawan pada tuan kedai Maziana. Kami panggil kedai teganu je. Tempat selalu kami beli barang basah. Tempat selalu aku beli nasi belauk. Tempat selalu aku beli Harakah & Suara Keadilan. Dalam kepala mesti nak cite sesuatu. Biasanya ajak biz @ nak jual barang. Kami ok je. Kita ajak orang berbiz. Kita juga kena dengar juga kalau orang nak ajak kita buat biz. Baru betul. Mana boleh,kita sahaja yang nak shre biz dengan orang lain. Bila ada orang nak share biz dengan kita, kita pun patut luangkan masa juga.

Sampai rumah. Makan dulu. Solat. Sikit lewat, Dia call lagi. Tunggu! Kami pun ke sana. Ke mana tu? Kedai Old Scool. Kedai makan baru, dulu D'Garden. Dekat dengan rumah kami. Memang betul, apa yang kami agak. Nak ajak biz. Dia bawa upline dia. Dia pun terkejut. Kami kenal upline dia. Macam kami dah kenal lama. Ha!ha!ha!ha!Kata uplinenya. Kalau tahu, kami yang downlinenya nak jumpa, tobat tak akan jumpa. Tapi dah alang-alang jumpa. Sharela juga apa biz yang mereka dah niat nak share dengan kami. Aku tak ikut, cuma CDM Kartini yang pi. Agak-agak apa biz yang mereka share tu? Dah tentu MLM. Apa nama syarikat? Apa produk killernya? Paling penting, siapa yang kami jumpa tu?

Seorang CDM. Dah beralih arah. Sedang pulun biz MLM dengan syarikat lain. Aku malas nak susut-susut. Namanya CDM Wahida. Kenal? Tak kenal tak apa. Sape yang biz lama sikit tentu kenal. Kenapa beralih kapal? Tak payah tahu. Tsunami datang. Ada yang tak boleh bertahan. Terpaksa cari nyawa dengan buat biz lain. Bila uplinenya tahu. Masalah mula timbul. .....Sekarang ini bersama dengan AHB. Killer produknya ialah Cordysep.

Itu kisah petang semalam. 

Ini pula kisah hari ini. Juga ada orang call nak jumpa. Nak share biz. Nak share produk. Nak share MP. Juga bekas CDM. Dah tak buat sejak 2010 lagi. Kenapa? Tak payah cite. Juga masalah bila tsunami. Berehat seketika dan terus rehat. Suka aku ingatkan, mana ada orang rehat saja-saja, tanpa buat benda lain. Dalam rehat, pelbagai peluang orang datang hidang. Ada peluang mereka ambil dan ada juga peluang mereka tolak. 

Mereka nak jumpa. Nak share apa yang mereka sedang buat. Biz ini masih baru bagi mereka. Hujung bulan 12 baru-baru ini. Peluang terhebat yang pernah mereka jumpa. Katanya. Mereka sedang pulun sakan dengan biz ini. Masa depan secerah mentari. Tak ada orang Melayu yang sedang bercawat kotey buat ini. Merekalah antara Melayu yang sedang ambil duit dari syarikat ini. Uplinenya seorang Cina, dah follow sejak 2009 lagi. Upline yakinkan dia, bahawa mereka boleh capai pangkat tertinggi dalam masa 4 bulan sahaja. Mereka lagi seronok. Lagi teruja nak buat. Mereka jadi jambatan untuk syarikat masuk pasaran Melayu. Telah melebar di 150 buah negara.

Kami jumpa mereka di Ampang Park.  Mereka siap demo kehebatan produk. Cite MP. Tunjuk testimoni. Tapi apakan daya, hati kami belum cair, dengan MP. Di ATM181, masih boleh buat duit, malah semakin lebat. Kami hormat dan kagum dengan semangat yang mereka ada. Mereka memang betul-betul pejuang. Tak mustahil, mereka cipta kejayaan dalam biz ini dengan syarikat intan payungnya yang baru.

Apa yang telah kami belajar. Sediakan payung sebelum hujan. Menabung mesti kena buat. Perjalanan biz kita, perlukan ilmu dan mentor. Kita juga mesti cekap hidu peluang serta kehendak pasaran. Mesti peka kehendak pelanggang. Mesti berubah....
 
Bukan mereka berdua je yang hilang dari Hai-O. Ramai juga. Tapi kena ingat. Ramai yang pergi, ramai juga yang baru tiba. Tiba dengan harapan menggunung. Kita bimbing mereka sehingga berjaya.

1 ulasan:

Powered By Blogger