Pagi rabu. Semangat berkobar-kobar. Masih panas-panas. Masih terngian-ngian ditelinga. Semalam kan dapat suntikan motivasi. Kelas ATM181. Tak sabar-sabar nak jumpa prospek. Prospek juga tak sabar-sabar nak jumpa anda. Nak tahu. Nak tengok. Nak rasai kehebatan Bio Velocity Sleep Mate.
Sabar ye prospek. Sekejap lagi, ketemulah kita. hi!hi!hi! Jangan lari dari kerja sudah. Tunggu rehat. Berdesup jumpa prospek.
Hari ini, aku nak kongsi sikit. Itu pun kalau sudi baca. Itu pun kalau nak ikut. Tak ikut, tak jadi hal. Tak ada yang kena marah. Aku nak kongsi pun pasal biz. Biz yang kita-kita sedang buat. Ada juga yang baca tapi tak buat biz yang aku buat. Senyum je.
Dah 2013. Semua orang cakap tahun buat duit. Tahun biz jadi. Bukan setakat jadi, malah menjadi-jadi. Tahun naik CDM. Income lagi besar bila dah jadi CDM. So jangan main-main lagi. Cepat-cepat jadi CDM. Bonus prestasi 41%. Itu belum masuk bonus-bonus lain lagi.
Tahun jadi CDM. Apa pun kedudukan anda hari ini, tak penting. Paling penting, tetapkan Tarikh Tepat bila nak jadi CDM. 3/2/2013 aku jadi CDM. 30/4/13, aku jadi CDM. 15/10/13, aku jadi CDM. Ikut pengalaman lepas-lepas, ramai yang terlepas jadi CDM, bila sekadar nak!nak!nak! tapi tak tahu bila. Bila sekadar nak, buat pun tak 100%. Ada yang dah 2 tahun berada di negeri DDM. Ada juga yang sudah 3 tahun berada dalam kapal DDM.Ada juga yang berada di kubur DDM.
Ada DDM PV baru 780,000. Ada DDM PV, baru 1 juta. Ada DDM, dah 1.5 juta PV. Ada DDM, dah 1.8 juta PV. Ada juga yang dah 1.9 juta PV.
Kalau dah 1.9 juta PV, takkan nak jadi CDM pada bulan 10 pulak. Agak-agak la kan. Paling bagus, bulan 2 dah jadi CDM.
Kalau dah 1.5 juta PV. Bila paling sesuai untuk jadi CDM? Tiga bulan dari sekarang. Ok tak. Kalau sikit pecut, dua bulan dah boleh capai. Lagi cepat bila dah lepas 'car fund'. Dah ada tiga kaki hidup. Jangan lajak sampai bulan 8 pulak.
Kalau baru 780,000 PV. Bulan 10 jadi CDM pun masih bagus. Tapi tak mustahil kalau bisa jadi CDM bulan 5. Kerja 200% gile.
Bila nak jadi CDM. Dalam gengaman anda sendiri. Nak cepat, buat gile-gile. Nak lambat, buat main-main. Meniaga ikut sukalah katakan. RM dah kira cukup.
Bukan DDM je yang mesti pecut ke CDM. DSM pun kena pecut. SSM pun kena pecut. SM pun kena pecut. Pengedar biasa pun kena pecut. Paling penting kemahuan yang meluap-luap. Meluap-meluap yang konsisten. Gile-gile yang berterusan. Bukannya gile-gile hanya satu minggu. Itu pun lepas seminar. Kalau datang seminar. Kalau tak datang. Jawablah sendiri.
2013, tahun jadi CDM. Sape yang nak. Dah boleh nampak sekarang. Sape yang usaha lebih, itulah yang nak. Sape sama seperti tahun lepas. Macam tak nak la bokali. Jangan marah! Sekadar usik! Mana tahu, dengan usikan ini anda bangkit macam singa. Terkam/terjah prospek.
Nak jadi CDM. Kerja macam SM, walaupun dah DDM. Baru cepat jadi CDM. Dok sekejap. Renung kembali. Kembalikan ingatan anda, ketika anda berpangkat SM. Macamana gerak kerja anda. Berapa anda buat demo sehari. Senarai prospek anda berjela-jela. Rapat dengan upline. Sentiasa rujuk upline. Sentiasa ambil semangat dari CDM. Kelas datang awal. Datang kelas bersama prospek. Kerap berguru dengan CDM. Tanya macamana nak naik tangga-tangga kejayaan.
Ada DDM mudah capai CDM. Ini terjadi bila dah ada calon DDMnya. Bukan setakat ada calon, tapi sedang berniaga. Sedang buat bersama-sama seperti anda. Kalau ada, tapi dah mati. Sikit sukar. Lagi sukar, tak ada calon pun.
Aku rasa cukup dulu. Kita bertemu lagi. Mungkin petang atau malam. Kalau aku masih hidup dan masih boleh berfikir dan menaip.....
Aku mahu anda semua jadi CDM. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan