Jom Follow

Jumaat, 11 Januari 2013

6 Strategi Kuasai Pasaran.

Salam jumaat.
Semoga lebih ceria.
Mood berbiz memuncak hari ini.

Hari ini.
Aku nak share sikit.
Bagaimana kami buat biz ini.
Dari dulu hingga kini.

Kalau ok.
Boleh pakai.
Kalau tak ok, jangan pakai.

(1)
Mula-mula join.
Share dengan kawan-kawan dan adik beradik.
Lelaki share peluang buat duit.
Perempuan share kelebihan pakai PB & cara buat duit.
Dengan kawan-kawan pun sama.
Masa itu cari kawan perempuan.
Share kebaikan pakai PB dan peluang cipta income darinya.

Bila dah ramai kawan pakai dan tahu kita punya biz.
Masa itu, ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif.
Bila telefon kawan, ada yang dah tak angkat phone.

(2)
Ubah strategi lagi.
Ambil booth-booth kat Shopping Mall.
Juga promote PB.
Promote pakai PB dan promote biz PB.
Dari sini, banyak dapat prospek.
Ketika ini PB masih baru dan ramai yang tak pernah dengar pun.
Biz makin kembang, semakin laju, income berganda.

(3)
Selepas itu, tambah lagi strategi.
Nak sebarkan kebaikan pakai PB ke seluruh negara Malaysia termasuk Singapura dan Brunai.
Iklankan dalam majalah-majalah terpilih, seperti Mingguan Wanita, Wanita & Jelita.
Iklan ini dapat sambungan hangat dari wanita-wanita seluruh negara.
Tak menang tangan. Ke sana. Ke mari. Hujung minggu je keluar KL.
Seluruh negara kami jelajahi.
Kena pakaikan, mana boleh main pos-pos. 
Kena tunjuk cara pakai yang betul, baru ada kesan. 
Inilah salah satu sebab network kami tersebar serata Malaysia.

Iklankan dalam majalah.
Pakat-pakat share bayar lo. Sekali keluar mau RM4,000.
Mana boleh satu kali, kena buat agreement paling kurang 6 bulan.
Setiap kali keluar, biasanya share dengan 10 orang.
Jimat sikit. Susunan nombor telefon, ikut undian.
Banyak call, nama paling atas. Itu biasalah.
Lain-lain no juga dapat banyak call juga.

(4)
Serentak dengan iklan dalam majalah.
Kami juga guna flyers.
Jumpa orang je, hulur flyers.

(5)
Setelah strategi-strategi tersebut diguna pakai.
Datang pula dunia maya.
fbla, blogla dan macam-macam lagi.
Kami pun ikut juga.
Lagi besar pasarannya.
Satu dunia bro.
Pasaran tanpa had.

(6)
Ada juga yang buat Kelas-kelas kecantikan.
Kumpul orang. Cite pasal solek menyolek.
Masukkan satu slot dengan produk PB.
Dari sini juga dapat sales & rakan niaga.
 

Itulah beberapa strategi yang telah kami gunakan untuk maintain biz ini.
Apa pun cara yang digunakan, kita mesti jumpa juga.
Nak dapat prospek ada pelbagai cara.
Kreatiflah mencipta cara-cara tersebut.
Asalkan jangan menipu orang sudahlah.
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger