Bertemu lagi.
Jangan jemu, baca catatan aku. Moga-moga dapat sesuatu. Paling aku takut, bukan pasal tak ada orang baca. Tapi aku takut, aku tak menulis secara istiqamah. Sekejap tulis. Sekejap tak tulis. Sekejap rajin. Sekejap malas. Bukan mudah nak konsisten menulis, lebih-lebih lagi jika tiba musim sibuk. hi!hi!hi!
Bila musim sibuk? Susah nak jawab. Tapi ada hari-harinya penuh aktiviti dari pagi sampai malam. Adakalanya pagi sampai petang free. Malam je ada kerja. Itu dulu bro...2013 dah tak begitu. Dah tak ada lagi hari yang free. Apa yang ada, hari penuh kerja. Awal pagi hingga ke malam. Biz semakin memukau ramai orang. Jangan kata aku kerja pukau orang pulak. hi!hi!hi!
Dah 22 haribulan. Dah gear berapa? Masih gear 1? Masih gear 2? Masih gear 3? Dah gear 4....Diri sendiri yang tahu. Orang lain tak tahu. Tapi orang lain boleh nampak. hi!hi!hi!
Jangan pula, orang dah gear 5. Kita masih dok gear 1. Jangan pula, orang dah gear 5. Kita masih gear 2. Cepat-cepat tukar gear. Kasi laju. Kasi laju. Kasi laju.hi!hi!hi!
Tambah nafsu berniaga. Great Leader Seminar. |
Tak ada alasan untuk berada di gear 1. Kita dah lalu tiga acara besar. Sebelum melangkah tahun 2013, kita ada ada 'Great Leader Seminar'. Dah isi penuh-penuh bekalan untuk kasi laju.
Malam bonus juga kita dah lepas. Kaw-kaw bagi. Kaw-kaw bakar. Kaw-kaw gosok.hi!hi!hi!
SM & SSM tambah laju, tukar gear. |
Lepas malam bonus. Kita dah ada hari SM & SSM. Ini lagi hebat api. Bukan api biasa. Ini lagi kaw picit, bukan lagi gosok. Petrol dicurah. Lagi tinggi terbakarnya. Lagi luas, kawasan kena bahang panasnya. Api menjulang tinggi, dari jauh bisa nampak. Panas tambah panas. Lagi tambah panas.
Bukan lagi gear 5 tapi kena gear 6,7. Dah laju. Dah pantas. Dah cepat. Dah berdesup. Dah potong, pesaing. Dah jauh tinggal pesaing. Bukan lagi terkedek-kedek seperti itik pulang petang. Bukan lagi tersemput-semput.
Mentor anda telah tukar gear. Lihat dah ubah penampilan. Mahu tambah power. |
Dah gear 6,7. Hari-hari sibuk. Hari-hari ada close. Hari-hari ada punch. Bukan lagi 1 BV malah satu pakej BV. Dah gear 7, pantang jumpa stranger, penyakit gatal mulut datang. Asyik nak sembang je. Asyik nak tegur. Nak kongsi kehebatan BV. Bukan share bukan kita mahu bonus tetapi kita nak kongsi kebaikan yang ada pada BV. Kita nak bantu, stranger tu rasai kehebatan BV dan jalani hidup lebih sihat.
Masa pecut. Masa pintas. Masa laju. Masa sepantas kilat. Masa apa lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan