Jom Follow

Sabtu, 19 Januari 2013

Jumaat Yang Ditinggalkan.

Semalam. Tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.Tapi rugi juga kalau aku tak catat apa-apa kisah semalam. hi!hi!hi!hi!hi!

Paling aku ingat. Bangun lewat, akibat tidur lewat. Subuh gajah. Jangan buat lagi. Tidur lewat, bukan alasan untuk bangun lewat. Tidur lewat, berguru dengan CDM Otai. Berguru ilmu BVSM. Lagi banyak ilmu yang dikongsi, makin bersemangat. Semakin ghairah nak kongsi BVSM dengan semua orang. Masih banyak lagi yang aku belum tahu.

Jumpa CDM Otai pun jam 10 lebih. Terkejut juga, bila CDM Otai cakap. Dia dari jam 8 pagi dah keluar dan sekarang ni masih belum balik lagi. Masih buat kerja. Masih bina meniaga. Masih kukuhkan kaki lagi. Masih bantu kita, kukuhkan kaki kita. Agar meniaga selama-lamanya. Lagi pun BVSM satu produk ajaib dan punya banyak kelebihannya. Belum cuba belum tahu. 

Bila dah lewat bangun, lewat pula anak aku ke sekolah. Nasib baik jugalah sekolahnya bermula jam 8 pagi. Jadi taklah lewat sangat. Bila lewat keluar rumah, sangkut kat jalan. Kereta banyak ma! Sangku ketika pergi dan balik.

Balik rumah. Ambil dulu sarapan. Kena nasi belauk. Satu bungkus. Padatkan perut. Lama tahan. Lepas tu, baca paper & buku. Sambil menghadap laptop. Apa lagi, buatlah apa yang patut. Lagi satu kerja aku. Layan anak aku tengok Upin & Ipin. Pasang laptop. Kasi dia tengok puas-puas. Satu dua jam juga sekali dia tengok. Kena duduk dekat dia, sambil buat kerja.

Wife pula teruskan misi. Jayakan rakan niaga. Semakin ramai yang nak dijayakan. Sejak ada BVSM. Teruja lihat demo. Tak guna, rugi sakan kata prospek. Tak nak biz, ada tapi mahu guna. Semuanya kami sapu. Duit ma...

Biasalah hari jumaat. Pejabat cuti lebih lama. Sempat buat demo. Sempat demo beberapa orang prospek. Positif. Syoknya. Prospek positif, nak ubah hidup. Dah jemu, tanpa duit yang cukup. Dah puas, sekadar cukup-cukup duit. 

Solat jumaat. Kat Masjid Kinrara. Malas nak ke Sri Petaling. Sebelum pi tu, melantak dulu. Tomyam ayam. Lepas tu bergerak. Sampai awal. Sempat dengar kuliah. Lepas solat jumaat. Singgah dulu katt kenari cafe, dalam kawasan Masjid. Minum kopi jantan O, sambil baca Solusi. Nak balik terus, tak ada benda juga yang aku nak buat. Baca kat situ lagi syok. Seolah-olah berada dalam dunia tersendiri. Ramai tapi macam aku seorang diri je kat situ.

Balik rumah. Isi minyak motor dulu. Senang nak bawa jalan-jalan anak sekitar taman. Anak aku tu, pagi & petang nak berderat. Satu jam juga kena bawa keliling taman. Tak puas, tak boleh berhenti. Berhenti, melalak.

Balik rumah. Apa lagi. Sambung baca, sambil tunggu bola. Bila bola main, laan bola. Habis bola. Hampeh dot com. Patut kena memang, seri sudahnya. Main hambar. Macam tak pernah menang. Nak tunggu bila mau bangkit. Dah game ke-4. Makin turunlah gamoknya kedudukan dalam liga. Nak marah, pun tak guna.

Tunggu maghrib. Solat kat surau. Balik surau, baca al-quran. Nak habiskan juga dalam 1,2 bulan ini. Kena banyak kali habis. Tahun lepas hanya sekali. Satu kali lagi, patut habis tahun lepas, tapi aku habiskan dalam tahun ini juga. Dah habis dalam minggu lepas. Susah nak konsisten baca. Padahal bukan ada kerja apa pun. Baca dapat pahala. Sentuh dapat pahala. Tengok je pun dah dapat pahala.hi!hi!hi!

Lepas solat isyak. epak je lah. tunggu nak tidur je. Nak baca dah malas. Nak layan maharaja lawak mega tak ada mood. Tidur awallah gamoknya. Nak bangun pagi. Malas nak solat subuh gajah lagi. hi!hi!hi!  Itu semalam punya kisah. Tak menarik, tapi catat juga. Sejarah hidup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger