Jom Follow

Sabtu, 19 Januari 2013

Bas...

Baru sampai rumah. Hantar Makcik naik bas, balik ke Rantau Panjang. Naik di belakang Tesco Extra Puchong. Pada tiket tertulis pukul 8.30 bas akan bertolak. Kami sampai sana jam 8.30 tepat. Bas ke Rantau Panjang belum ada lagi. Tunggu punya tunggu, jam 9.30 bas baru tiba.hu!hu!hu!

Makcik datang hari rabu. Datang sini, jalan-jalan sambil survey. Survey? Orang meniaga, mana boleh jalan saja. Mana tahu, ada produk yang boleh 'tolak'. Kerja Makcik, 'tolak' barang ke peniaga pasar payang. Dah berpuluh tahun buat kerja tu. Sara anak sekolah. Dah ada yang sedang belajar di Jordan. Buat rumah. Beli kebun.

Dah lama tak naik bas. Zaman naik bas, berakhir bila aku memiliki kereta, tahun 1999. Lepas itu tak lagi naik bas untuk balik kampung. Naik bas pun bila, ikut trip melancong bersama ATM181 sahaja. Dulu-dulu mana ada bas dua tingkat. Teringin nak rasa, pengalaman naik bas dua tingkat. Bas zaman tu, kebanyakanya bas-bas lama. Taklah terkini, seperti hari ini. Masa tu pun pilihan bas tidak banyak seperti hari ini. Transnasional. SKMK. Bumi. Budaya. Sekarang ni dah banyak. Mutiara. Sani. Perdana....ada lagi, tapi tak ingat. Dah tak naik bas mana nak tahu. hi!hi!hi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger