Jom Follow

Selasa, 8 Jun 2010

sharing dengan kawan.

masa balik kampung tempoh hari sempat jumpa dengan 2 kawan. 1 nak dengar peluang meniaga dan 1 lagi nak berkongsi kehebatan produk yang dia guna.

1 tu hantar sms nak jumpa, masa aku kat KL lagi. Kawan sekampung, jarang jumpa, kampungnya bersebelahan dengan kampung aku, tapi orang panggil kampung becah kelubi jugak. Aku tua setahun pada dia. Seorang usahawan, dalam pembikinan jadi jutawan. Tapi persaingan terlalu ramai yang meniaga benda sama. Nampak gah tapi untung tak besar mana. Tapi itu yang dia sedang buat. Gaji pekerja lagi. Dah join beberapa mlm tapi tak berjaya. Aku jumpa dia atas market Tanah Merah. Sambil makan mee k'uah. Orang meniaga cepat paham. Tapi nak mula macamana? modal tak berapa ada. Kalau ada pun kena pusing.

1 lagi kawan belajar. Kerjanya cikgu. Dah jadi cikgu cemerlang. Pakai produk tu sebab dia sakit. Dah bermacam-macam kaedah berubat tapi tak baik-baik. Lepas makan produk tu ok. Dia pun nak kongsi dengan kami pulak. Kami pun dah selalu makan produk tu. Dah tahu khasiatnya. Sekarang ni asal ada orang cakap bagus, kami beli. Dah macam-macam produk kami makan. Produk hai-o jangan citelah. Hari-hari mau. Mereka ni kami bagi sokongan. Nak buat sesuatu mesti sungguh-sungguh. Kalau nak buat main-main, baik tak payah.

kami pun tak sangka akan berjumpa dengan mereka. dah lama tak berhubungan. nak jumpa pun takut orang kata nak ajak mereka meniaga. kadang-kadang takut nak call kawan, ajak jumpa. nak ajak mereka berniaga. lebih baik buat kerja kita. jumpa kawan, ajak minum dan zip mulut. jangan cakap pasal meniaga. takut-takut lepas ni tak nak jumpa lagi. hilang kawan.

2 kawan ni positif. nak jumpa dan cite pasal meniaga. tak semua orang bersikap seperti mereka. sebenarnya nak berubah hidup mesti berani ambil risiko. meniaga ini mesti berani dan percaya pada kehebatan diri sendiri.
sejak 2 menjak ni, ramai juga kawan yang nak jumpa. segan juga nak jumpa. nanti kata nak ajak mereka meniaga pulak.

sebenarnya kami baru balik dari kelas kat mines wellness hotel.
kelas malam ini, seperti biasa. penuh dengan pencari peluang. nak ubah kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable