Jom Follow

Ahad, 27 Jun 2010

diamond night

sekali tengok tak kenal. lain pada skalo, pemimpin pelapis Taipan 181

pasangan hebat idola ramai orang

sebahagian warga taipan yang sempat bergambar dengan Jimmy Ouw.

pagi kelas di USJ Taipan. kehadiran warga Taipan penuh. ramai yang kena berdiri. berdiri pun berdirilah, asalkan boleh ikuti kelas mingguan. kutip ilmu untuk jadi lebih kaya lagi. warga Taipan dari luar Lembah Kelang pun ramai hari ini. mereka datang untuk diamond night semalam dan terus tunggu kelas hari ini. tengok kehebatan kelas di Lembah Kelang. aura kelas di Taipan USJ memang berbeza dengan kelas-kelas di kawasan masing-masing. kelas terbaru yang dibuka oleh Taipan ialah di Pulau Batam, Indonesia.

kehadiran warga Taipan dari Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan, Penang dan negeri-negeri lain, membakar semangat kami semua. lihat kesungguhan mereka mencari ilmu. jauh pun datang. dapat jumpa, sembang dan bergambar dengar cdm cukup-cukup bertuah pada mereka. dapat sedikit tips pun dah cukup gembira.


cdm fitri dengan geng-gengnya. kejayaan muncul setelah lepasi halangan.

Warga Lembah Kelang tak rasai seperti warga luar yang datang kelas di USJ. dah biasa sangat. rasa biasa jeee. bila dah selalu datang, dah tak rasa sangat. macamana nak meniaga sepanjang hayat. kalau macam tu. baru 2,3 tahun hadiri kelas dah tak rasa sangat. kami yang lama-lama ni dah 6,7 tahun hadiri kelas dan sekarang ni masih bersemangat dan rasa amat perlunya kelas-kelas sebegini. nak meniaga lama dan sepanjang hayat. kelas tak boleh tinggal. datang dengan rasa nak belajar, bukan nak tunjuk pandai. belajar dari upline, dline dan sideline. ilmu nak meniaga sepanjang hayat.anggun bergaya!!!
meniaga mlm adalah meniaga sepanjang hayat. pilih syarikat yang betul. pilih yang kukuh dan ada rekod yang baik. syarikat kita dah bertahan lebih 18 tahun dan akan terus gah dipersada mlm di Malaysia. jangan takut dengan kekukuhan syarikat. sejauh mana ketahanan kita yang paling penting. selama mana nak berniaga. selama mana kita nak bertahan. sesenang mana kita nak hidup.
dafi menghibur warga hai-o semalam.

hari ini warga Lembah Kelang, tak berapa ramai sangat. penat kot. tapi masih ramai juga yang oleh datang kelas walaupun agak penat, semalam lewat balik. cdm-cdm datang, tak penat pun. tak ada alasan kalau mahu berjaya. majlis semalam penuh kemeriahan dan ada talk motivasi oleh tuan hj hanim. ramai yang teruja dan yakin dengan perubahan oleh syarikat membawa kebaikan untuk semua. ambil cabaran ini sebagai batu loncatan mencapai lebih banyak lagi kejayaan.dah kenyang! tunggu ceramah motivasi oleh tuan hj hanim.
semalam juga sempat jumpa ex-GM, Jimmy ouw. banyak bantu Taipan meniaga sehingga jadi begini. ilmu yang dicurahkan amat kami hargai. jasa anda tak terbalas oleh kami warga Taipan semua. diharapkan perjalanan anda selepas ini lebih cemerlang lagi. selama 8 tahun 4 bulan kami dibawah pimpinan anda cukup menyeronokkan.

Taipan mesti jadi lebih kuat lagi selepas ini. tak boleh meniaga setakat cukup makan saja. cabaran datang kali ini sedikit berbeza dengan dulu. memerlukan ketahana dan ilmu baru. Taipan melihat cabaran ini dari sudut yang positif dan keadaan ini akan kembali keadaan asal dalam sebulan dua je.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable