Jom Follow

Jumaat, 11 Jun 2010

bersediakah anda3

hidup mesti positif dan proaktif. buat apa-apa mesti berharap kejayaan. mana ada orang buat sesuatu untuk gagal.

sebagai contoh, perhatikan kedai mamak. sewa kedai pun lot tepi, walaupun sewa mahal. ada yang cecah rm10k sebulan. renovation lagi. perhabiskan duit sampai rm300k. meniaga belum tentu jadi. tapi kena positif. bosnya mesti membayangkan kedai penuh dengan pelanggang. pagi penuh, tengahhari penuh, petang penuh, malam ramai dan lewat malam masih ramai yang masuk. pendek kata setiap masa, pelanggan penuh. duit masuk jangan kira lah. bukak pun 24 jam. tapi tak semua yang menjadi. ada juga yang tutup. tak ramai yang masuk. tapi buka kedai bukan untuk gagal. lain yang diharap, lain pulak yang dapat. tutup situ, mereka buka tempat lain pulak. perhatikan kawasan baru, mesti ada kedai mamak. positifffffffffffffffffffff. mesti ada orang. mesti untung punya. nak balik modal pun bukan sebulan dua dapat.

dalam mlm pun begitu. masuk je, mesti berjaya dan tak ada gagal. yang ada belum berjaya. tunggu. jangan cepat give up. tunggu dan belajar lagi. tunggu, buat dan ubah pendekatan. pelaburan kita tak sebanyak kedai mamak tu. hanya rm5k je. tapi kalau nak berjaya modal rm5k tu, kita anggap rm500k baru bagi komitmen yang lebih pada meniaga. "modal kecil je, tak buat tak rugi sangat pun". kalau ini yang dok main dalam pikiran, susah nak menjadi. susah sikit dah give up. payah sikit, berhenti. tapi kalau modal tu besar, kita mesti buat betul-betul. belajar pun rajin, kelas pun pergi walaupun jauh. seminar masuk, walaupun bayar mahal. apa-apa program syarikat tak pernah miss walaupun dok jauh. kenapa? nak berjaya dan kena positifffffffffffffffffffffffffffff.

masuk bukan untuk gagal. mula-mula masuk, kita bayangkan meniaga kita menjadi-jadi. jumpa prospek ramai yang masuk. kita bayangkan peluang yang kita bawa ini hebat dan tak ada orang tolak. malah kawan-kawan yang cari, nak masuk. income 5,6 angka setiap bulan masuk. kereta mewah mampu beli, rumah hebat kita boleh miliki. tapi bila masuk, realitinya amat berbeza. tak semudah yang disangka. tak sesenang yang dipikirkan. jumpa prospek, tak semua yang masuk. malah 10 jumpa 1,2 je yang nak masuk. kadang-kadang tak jadi last minit. tak semua yang bersedia untuk dengar peluang. kawan lama pun lari, dah tak angkat call. sms tak reply. kawan opis seakan menjauhi bila tahu kita buat mlm. masuk dah 4,5 bulan masih tak ada yang nak join dengan kita. bersediakah anda hadapi semua ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger