Jom Follow

Selasa, 1 Jun 2010

kaedah rawatan air BA

kaedah rawatan air.
1
pada awal pagi, sewaktu anda bangun daripada tidur, (sebaik-baiknya sebelum anda gosok gigi lagi, biarlah ia bercampur dengan air liur, kerana air liur mengandungi beberapa enzim penting) minumlah 1.5-2 liter air, seeloknya berkumurlah dahulu sebelum meminumnya. pada peringkat awal agak susah meminum 1.5 liter sekali gus, senak perut dibuatnya dan kerap pergi buang air kecil 2 atau 3 kali. minumlah 2 gelas (kira-kira 0.5 liter) dan selang 10-15 minit kemudian ambil lagi 0.5 liter dan begitulah seterusnya. selepas minum perlu diingatkan anda dilarang memakan makanan pepejal sekurang-kurangnya selama 1 jam kerana ini akan menggangu proses 'mencuci sistem dalaman tubuh'. kalau boleh malam sebelumnya anda dinasihatkan tidak meminum kopi dan teh atau minuman berasid kerana akan menggangu proses pencucian tersebut.
2
minumlah air sekerap mungkin pada bila-bila masa, jangan tunggu rasa dahaga.
3
pada sebelum makan tengah hari dan makan malam, minumlah air sekurang-kurang 0.3-0.5 liter (1-2 gelas). ini bagi menentukan dalam badan sentiasa kecukupan air. meminum air sebelum makan boleh menggelakkan kita ' terlajak makan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable