Jom Follow

Selasa, 1 Jun 2010

mintak derma, sakit jantung.

semasa makan tengahari kat rumah. tiba-tiba ada orang beri salam. aku tengok kat luar pagar. datang nak kutip derma untuk membiayai anak buahnya yang sakit jantung. tersentuh aku. terpaksa meminta dari rumah ke rumah.
bersyukur pada Allah. rezekiNya terlalu banyak buat kami sekeluarga. peluang buat duit, buatlah sepenuh hati. mana tahu suatu hari nanti kita perlukan duit yang banyak untuk perubatan anak kita. kos perubatan mahal dah sekarang. mahukah kita berjalan dari satu rumah ke satu rumah minta bantuan. buatlah ketika masa dan peluang ada depan mata. belilah takaful untuk perubatan masa depan. jangan bertangguh lagi. rm500-rm1000 sebulan je.
jangan tak ada langsung takaful. sakit tak siapa yang mintak, tapi boleh datang bila-bila masa. andainya terjadi pada keluarga kita, apakah tindakan kita. takaful tak sempat ambil. jual harta kalau ada. kalau tak ada, mungkinkah kita akan ambil tindakan yang sama...
saya yakin orang tu tak menipu.

1 ulasan:

  1. Astaghfirullah hal a'zim. Memang kes macam ni banyak berlaku lebih lebih lagi zaman sekarang ni. Kos perubatan mahal dan bil hospital pula di caj lebih daripada yang sebenarnya.

    Saya pernah pergi bertanyakan doktor pakar berkenaan hal ini, beliau berkongsi memang ada sesetangah hospital swasta caj berlebihan. Lebih lebih lagi pada mereka yang mempunyai polisi medical card dan insurans. Tetapi sesungguhnya mempunyai kad perubatan memang akan membantu. Eloklah kita mendaftar sementara sihat dan muda. Klik sini untuk Maklumat

    Cara hospital buat untung dari kesusahan orang lain. Cara paling baik adalah kita cuba amalkan kaedah pemakanan sunnah Rasulullah SAW. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

    satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk untuk air dan selebihnya untuk udara. Makanan sekarang juga banyak diproses dan banyak perasa dan pengawet ditambahkan.

    Buktinya, mereka yang mengamalkan pemakanan ulam ulaman dan menjauhi makanan segera seperti burger dan mee segera tidak pula menghidap penyakit ini.

    Semoga Allah swt melindungi kita daripada mendapat ujian sedemikan rupa. Mashaallah.

    BalasPadam

Sociable