Jom Follow

Isnin, 28 Jun 2010

58 PROSPEK?


penerima pin DDM oleh warga Taipan.

warga terbaru Taipan, dah jumpa 10 prospek, semuanya tolak/tak nak. tapi masih yakin prospek k11 pasti melekat. jumpa prospek k11, penuh yakin akan melekat, tapi tak melekat juga. keyakinan masih tinggi, prospek k12 akan jadi, rupa-rupanya sampaiprospek k20 masih lagi gagal. prospek k30 pun tak nak. prospek k40 pun masih tak nak. dia masih yakin prospek k41 mesti nak. adakah prospek k41 setuju masuk? kalau hal ini terjadi pada anda, bagaimana semangat anda? masih tinggi. masih nak teruskan jumpa prospek atau simpan segala fail dan tak payah buat lagi.

tapi warga ini teruskan usaha berjumpa dengan prospek. jumpa prospek k50. adakah prospek tersebut setuju masuk? TIDAK/GAGAL lagi. kawan-kawan mula menyata. dah perlekeh usahanya, dah tengok sebelah mata je, nak tunggu nak tepuk tangan je kalau dia berhenti. tapi upline, sideline dan group sentiasa bagi semangat. kelas sentiasa datang. roadshow pun pergi.

jumpa prospek lagi. prospek k58. masih tak nak masuk. dah nak mengalah tapi hati kecilnya memujuk."tak kan dengan orang tak nak dah nak undur diri. kalau undur diri, alamak tak merasa kesenangan hidup. orang lain boleh, kenapa aku tak boleh. yeeeessss aku pasti boleh".
juara dalam pembikinan. teruskan perjuangan sehingga berjaya.

dia bangkit lagi dan jumpa dengan prospek k59. ternyata perjudiannya berbaloi. prospek ini setuju masuk, prospek seterusnya pun masuk. sekarang ni dah cukup 6 kaki. bermula slow tapi dah laju sekarang ni. semasa tak close tu dia dengar MP sebanyak 58x dan sekarang ni dah yakin boleh cite sendiri. tak payah lagi tunggu upline nak gerak. itulah hikmahnya lambat jadi. boleh belajar MP secara praktikal dengan upline. bila dah pandai orang mula masuk. boleh bawa group sendiri pulak.

semangat sebeginilah yang perlu dipupuk dalam setiap diri warga Taipan. tak mengalah dengan penolakan. tak ugah dengan sedikit kata-kata sumbang. tak nak, jumpa lain lagi. buat, buat sampai jadi.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.tersenyum puas dapat pangkat ddm. usaha berterusan asas kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger