Jom Follow

Jumaat, 18 Jun 2010

adake luck?



semalam, masa dok tengok bola. saya dapat satu sms."biz mlm ni ikut luck". disent oleh salah seorang leader. ade ke luck dalam dunia ni? kalau ada saya pun nak. nak dapat kat mana. jom gi ramai-ramai ambil luck tu, kalau betul adalah.

Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum tersebut mengubahnya. mana ada luck kat sini. kena buat usaha baru dapat. kita kerja sekarang ni ade ke pasal luck. belajar dari sekolah rendah, sekolah menengah, masuk u dan mintak kerja. bila dapat kerja, orang kata pasal ada luck pulak.

biarlah kami cite apa yang kami buat untuk berjaya. anda boleh lihat mana ada luck. kami buat dan doa pada Allah supaya dimudahkan bagi kami mencari rezeki melalui perniagaan ini.
kami join dah 10 tahun. tak berhenti usaha sampai sekarang. dah beribu prospek yang telah kami jumpa. semua negeri dah kami jelajahi. lepas sekolah terus jumpa prospek. kadang-kadang balik malam. hujung minggu, seawal pagi kami dah keluar rumah dan baliknya pulak tak tentu masa. keluar pagi balik malam. keluar orang belum bangun, balik orang sudah tidur. sebulan kami bergerak lebih 10k km. dah berapa banyak duit, buat bayar saman. dah berapa banyak tol yang kami bayar. dah berapa minyak yang kami dah guna. dah berapa banyak bill telefon yang kami dah perhabiskan. dah banyak duit guna servis keta. dah berapa puluh kali kami ikuti seminar-seminar. dah beribu meeting dah kami hadiri. berapa banyak buku yang kami dah baca. dah berapa banyak duit habis dok bayar sewa dewan untuk buat meeting. dah banyak kali tidur tepi jalan, kepenatan.
adakah ini yang dikatakan luck? ini bukan luck tapi usaha/ikhtiar yang kami buat untuk sampai ketahap ini. kalau ada luck tak perlulah kami usaha sekuat ini. sampai sekarang ni pun masih berusaha lagi. bukannya kami dok saja.tanyalah cdm-cdm kita tu. apa usaha yang mereka dah buat untuk jadi seperti sekarang.

itu yang kami lalui. tanyalah cdm juliani, cdm faridah, cdm ku yah, cdm siti rozana, cdm siti rohani. bagaimana usaha mereka, nak capai seperti hari ini. tanya mereka. ade ke luck?
tak ada luck tapi ada usaha yang berterusan. buat sampai jadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger