Jom Follow

Sabtu, 12 Jun 2010

keluhan2

esok kami balik. flight jam 3pm dan dijangka tiba di KLIA lebih kurang jam 7pm. malamnya kena layan anak tengok bola. pagi esok kami akan ke Melaka. Ada Roashow kat sana. ramai-ramai datang. beri peluang pada diri tambah ilmu dan tambah pendapatan. tak salah kalau pendapatan kita bertambah.
ramai cdm yang akan turun ke sana. pasti meriah. tak sabar.

meniaga mesti jalan terus. tak boleh rehat lama-lama, nak mula balik momentum lemah. lambat panas. rugi masa.

masih ramai yang dok cari-cari peluang tambah pendapatan. orang-orang ini yang mesti jumpa, cerita peluang terhebat ini. tak melekat tak apa, cari lain. cerita lagi. tak melekat, cari lagi, cite lagi.

hari ini, kebanyakan orang ada kerja ke2, untuk tambah pendapatan. kos sara hidup sentiasa bertambah. sampai bila? ada yang sampai 3 kerja buat. kalau kita baca paper 3,4 hari lepas, ramai warga putrajaya yang pinjam dengan along. kenapa? mungkin dah sampai 60% potongan.

hari ini macam cukup, esok dah tak berapa cukup. lusa lagi tak cukup. tulat? tak payah cakap. tambah-tambah subsidi tak ada lagi.

harapkan gaji yang sentiasa paras berjaga-jaga. macamana tabung pendidikan dan kesihatan keluarga. lagi tak ada. gaji yang ada, banyak diguna pakai untuk rumah, kereta, bayar pinjaman, makan-pakai, dan macam-macam lagi.

kami pun ramai juga kawan yang jadi pendidik dan dah mengajar kat kampung masing-masing. sekarang ni mungkin selesa, tapi esok, lusa tak siapa tahu. kami dulu cikgu tau. mengajar juga.

kalau cite nak buat duit lebih ramai juga yang kata;
"dah cukup"
"bersyukur dengan apa yang ada"
"duit tak boleh bawa mati"
sedih kami dengar. kita kerja ni bukan untuk diri semata-mata. untuk masyarakat juga. hari-hari ada orang yang memerlukan bantuan. rumah-rumah anak yatim memerlukan sumbangan. masjid perlukan duit. sekolah agama perlukan bantuan. ibu-ibu tunggal perlukan duit untuk sara anak.
kita warga masyarakatlah yang perlu bagi sumbangan. sikit banyak tak penting. kalau dapat sumbang banyak, syukur. lihatlah sekolah persendirian cina. gah lebih dari sekolah kerajaan. kenapa? masyarakat mereka banyak menyumbang pada sekolah mereka. kita orang melayu hanya yuran PIBG je, itu pun tak sampai seratus setahun.
"mereka kaya"
habis tu kenapa salah kalau ada orang cari duit lebih. setiap minggu keluar paper pesakit yang minta sumbangan untuk perubatan. kalau kita tak memberi, siapa lagi. tak beri pun tak siapa tahu. tapi cuba bayangkan kalau ini terjadi pada kita dan keluarga kita. mintak sumbangan nak berubat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable