Jom Follow

Isnin, 7 Jun 2010

roadshow kota bahru 2.


warga kerja taipan bersama dengan cdm-cdm yang hadir roadshow kota bahru, jasa anda semua hanya Allah yang boleh membalasnya.


ustaz man selaku mc di majlis roadshow kota bahru 2.

salam. pada sabtu baru-baru ini taipan telah mengadakan roadshow di hotel sutera in. kehadiran amat menggalakan. lebih 300 orang yang hadir. bayarannya amat murah. hanya rm20 sahaja. ada yang mati, datang semula, koma, nampak muka, nyawa-nyawa ikan, datang ambil bekalan oksigen, masih aktif, tambah momentum dan skill dan juga prospek baru, datang melihat peluang/kehebatan meniaga hai-o, terutamanya projek tt, bekas-bekas group lain ada juga, datang melihat kehebatan taipan dalam memberi bimbingan pada groupnya.

majlis kali ini, auranya berbeza dari biasa. yang datang penuh semangat. datang dengan pakai merah hitam. cukup-cukup hebat. kehadiran leader-leader yang tak pernah datang pun datang. nak buka kaki kat Kelantan katanya. seperti ddm jeff dan cdm siti rozana. peserta dari pulau pinang pun ada, dari baling kedah pun sampai. dari kl jangan kiralah, setiap minggu turun. bantu, bimbing group Kelantan. bertuahnya mereka yang ambil kesempatan. tak semua orang nampak peluang. nampak pun kabur-kabur. nak buat ke tak. buat sungguh-sungguh ke tak. banyak sangat alasan. siapa yang buat terus kedepan dan merasai nikmat senang berbelanja. dapat duit tambahan hasil meniaga network marketing.


lihat ramainya peserta roadshow kota bahru. lepas ini akan diadakan di beberapa tempat lain. lihat kejayaan ini, roadshow akan buat berterusan. dengar cite melaka adalah destinasi seterusnya.

rakan kongsi cdm fitri pun datang. dari penang dan baling. jarak bukan soalnya janji dapat ilmu.
malam sebelum tu aku dah sampai. tidur kat sutera inn. esok tak payah tergesa-gesa. beberapa leader masih ada di dewan. sedang bersiap-siap untuk majlis esok. semangat kerjasama sesama amat kukuh. saling bantu membantu sesama mereka. sebab itulah majlis berlangsung dengan lancar. buat semata-mata nak lihat kejayaan program roadshow. tak ada niat nak memandai-mandai. tak ada niat nak dapat pujian. masa tu sempat juga aku, beri motivasi pada mereka. antara mereka tu dah takut-takut. meniaga mula slow katanya. ramai tak datang kelas. dah ada yang mati apatah lagi yang koma. senang je nak buat. ganti orang baru. yang nak mati, kita tak boleh buat apa. mereka yang mati adalah jenis tak suka datang kelas. datang pun dengan menyampah. dalam hati dok sumpah seranah upline, kerana ajak datang kelas. kalau datang kelas pun dok minum kat kedai kopi je. kita sebagai upline mesti tunjuk kita masih lagi bersemangat walaupun mereka tak nak buat. kita kena tunjuk bahawa kita masih lagi buat kerja, walaupun mereka mati. kita kena buktikan kita masih lagi dapat income dari meniaga ini. sentiasa ada orang baru.cdm siti; siti rohani - beri kata-kata aluan,dan siti rozana- kongsi kejayaannya.

esoknya majlis bermula jam 8.30 dengan ucapan alu-aluan oleh cdm siti rohani. leader hebat bikinan taipan. banyak halangan/cabaran yang dia telah lepas. tak mengalah dengan orang kata. tetap teguh walaupun groupnya tak ramai. tapi kini groupnya dah merata. sentiasa positif dan bertindak positif. mcnya ustaz man. orang hebat dan sentiasa positif dan setia ikut uplinenya. berada dalam landasan menuju kejayaan. tak ada siapa yang boleh halang dia berjaya.

cdm kartini ulas tt boleh meniaga lagi besar. kena berani dan bertahan dalam apa keadaan sekali pun. hanya yang bertahan sahaja akan berjaya dan akan menikmati kekayaan.


tt adalah titi jambatan menuju kejayaan. bukannya tumit tinggi
slot ke dua oleh cdm juliani. juga pasal tt boleh ubah kehidupan. beberapa tips untuk bertahan. jangan cepat negatif kalau nak berjaya. mesti yakin dengan syarikat dan group. group tak henti-henti buat program membantu warga taipan meniaga lagi besar, lagi laju dan jadi lagi kayaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

cdm juliani bersama anak didiknya cdm rohani rasid. cdm terawal dari kelantan. siapa sangka selepas 2 tahun bersama taipan kehidupannya telah berubah.

selepas itu beberapa leader sharing kejayaan. antaranya ddm jeff rosli. dari seorang tukang kebun sekolah. berubah menjadi hero. dari tak ada apa-apa dah ada macam-macam. dari motor dah menaiki bmw. ikut je orang berjaya. buat apa orang berjaya buat, kita pun boleh berjaya. cdm siti rozana dan cdm indawati

slot aku sekejap je. tak berjaya kalau tak lepas halangan. nak buat bila kenkangan tak ada. bila masa kita tak ada halangan. sampai mati pun kita tak buat. buat,buat,buat. mana ada trafi light semua hijau baru kita nak bergerak.

cdm muhamad razali mengisi slot ke 4. perang dalam meniaga tt. nak menang mesti bersedia dari segi mental dan fizikal. tak boleh buat main-main kalau nak berjaya dalam perang. mesti pantas dan cekap. tembak mesti tepat dan mesti menang dan tak boleh kalah.
lepas talk dulu baru makan, tu pun nasi bungkus je. perang!perang!perang! mesti bersedia dengan ilmu; pesan cdm muhamad razali.

slot terakhir cdm faridah.tak diulas kat sini. kena catatan lain. sedikit panjang. ramai terbakar selepas slotnya. action tetap jadi persoalannya. buat ke tidak. terbakar macamana pun kalau tak buat pun tak guna. saban minggu turun kelantan. tekun bekerja dan tahan cabaran.



cdm faridah bersama cdm dzul setiap minggu gempur kelantan. tt tawan kelantan. berjuang sehingga titik akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable