Jom Follow

Rabu, 23 Jun 2010

pelaburan putar alam



hari-hari ada cite orang kena tipu. kena tipu sini. kena tipu sana. tipu-tipu-tipu. tak tahu kenapa. bukan jenis tak sekolah pulak tu. terlalu mudah tertipu dengan pelaburan. masuk dan duduk goyang kaki dapat duit. biasanya 10% setiap bulan. kalau 1 tahun jadi 120%. hebatnya pelaburan tu. hebatnya pelaburan tu sampai boleh bagi begitu tinggi. tabung haji pun yang ada panel pelaburan, pun boleh bagi keuntungan sekitar 5% setahun je. bijaknya dia buat pelaburan. pelaburan dalam apa tu, yang bikin untung 120% setahun tu. sekolah mana yang dia belajar tu. u mana yang dia tamat tu. begitu hebat meniaga sehingga boleh kaut untung melangit tu.

saya ni tak pandai sangat. tapi kalau pelaburan tu betullah. PNB akan sapu dulu lagi. KWSP akan longgokan duit berjuta-juta kat situ. kaya orang masuk ASB tau!!!!!!!

warren buffet tu orang terkaya dunia. tokoh/pakar pelaburan di dunia ni pun tak pernah dapat keuntungan sebanyak tu setahun. dia dapat pun sekitar 20% setahun je. jadi orang malaysia hebat lagi pada diala tu. sepatut ajak dia lah melabur sama. 10% tu banyak tuuuuuuuuuuuuuu! ramai lagi pelabur yang hebat-hebat. keuntungan setahun sekitar 20% je setahun.


hairan juga saya. gunalah otak sikit. tak kan melabur bela cacing dapat untung sebanyak itu. bela lembu pun untung begitu banyak. tanam rumpai pun melangit punya untung. guna otak la sikit. mudah sangat tertipu. malah buat loan lagi. bukan sikit, ada yang sampai 100k.
pikir,pikir,pikir. jangan tak pikir. kalau tak nak pikir, tanyalah pada yang boleh pikir. selalu ada orang yang tipu, selagi ada yang suka ditipu. paper hari ni pun ada laporan kena tipu. pelaburan lembu. kalau tanya lembu pun lembu gelak je. tak akan 'aku' semahal tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable