Jom Follow

Jumaat, 25 Jun 2010

full time

buat mlm. ada yang buat part time dan ada yang buat full time. ada yang masuk terus buat full times. ada juga masuk,buat dan lihat perkembangan dulu, bila ok, baru buat full time. ada juga selama-lamanya buat part time. terpulang pada diri masing-masing. jangan ikut cakap orang. ini meniaga kita. pasal part time saya dah sentuh beberapa hari dulu. kali ini nak cite pasal buat full time. dah tak buat kerja lain lagi. dah jadi satu kerjaya. tak ikut rutin biasa lagi. tak payah keluar pagi dan balik petang. buat ni boleh keluar bila-bila dan boleh balik bila-bila, ikut suka kita. ikut rajin kita buat kerja. ikut matlamat diri sendiri. nak dapat lebih mesti buat lebih. tak boleh nak dapat lebih tapi buat kurang.

ada juga penyakit, bila buat full time, kerjanya lebih kurang sama je dengan masa buat part time. malah ada yang bagus kerja masa part time. buat appt, pun 2,3 je sehari. mana boleh macam tu. kalau ikut perkiraan pakar, kita mesti kerja 3x ganda lebih rajin dari semasa buat part time. kena lebih lama lagi buat kerja. kena jumpa prospek 3x ganda lagi. kena jumpa prospek sehingga 10-15 orang sehari. untuk direct line atau rakan kongsi. kena ada leader dah yang nak buat bawah kita. jangan hanya masuk dan kena ada kesanggupan untuk begerak lebih jauh lagi. dalam dunia seperti kita gi makan di kafeteria. ambil makanan dan mesti bayar dulu baru boleh menikmatinya. nak sukses mesti bayar harganya. tapi yang berlaku, nak sukses tapi tak nak bayar pengorbanannya. ada juga yang bayar separuh saja. mana boleh sukses macam tu. nak sukses, mesti ada idola atau model yang kena ikut. ikut betul-betul jejak mereka. kalau kita buat, buat,buat dan buat tindakan yang orang sukses buat, kita pun akan sukses. tak boleh buat mana yang kitta suka je. orangg sukses suka buat apa yang orang gagal tak suka buat.

impian mesti lebih besar lagi. kena lakar betul-betul. kena tulis dan sentiasa bacanya setiap hari. pengorbanan pun mesti lebih hebat lagi. sanggup hadapi cabaran yang datang. kecil atau besar. pantang undur walau selangkah. terus gerak ke depan. apa pun cabaran datang pasti ditempuhi dengan tenang. ketahanan amat penting kalau buat full time. berapa lama boleh tahan. mesti tahan selama-lamanya. tak boleh tahan 1. tak boleh tahan 2 tahun. tak boleh tahan 3 tahun. tak boleh tahan 7 tahun. mesti tahan sepajang hayat. hati tak mudah goyang, bila ujian datang. tak mudah lompat kapal kalau cabaran datang. tak panik kalau seluruh rangkaian kita mati. kita bina semula. ilmu pun mesti kena tambah. tak boleh cukup dengan yang dah ada. bacalah buku-buku. dengar cd-cd motivasi. hadiri seminar pembangunan diri sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. dapatkan ilmu terkini dan bimbinglah group sebaik mungkin. mesti ada coach kalau mahu cepat sukses. belajar dan bergurulah darinya. jangan dok rasa pandai je.

setakat ada senarai nama je belum cukup, kalau tak ada ketahanan. ada sesetengah kes, mula-mula resign, bersemangat gi jumpa prospek berdasarkan senarai nama yang ada. bila ramai yang tolak, mula kecewa. bulan ke2 dah habis senarai nama dan dah tak tahu nak gi mana. senarai nama pun tak tambah-tambah. berani jumpa dengan stranger.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger