Jom Follow

Selasa, 1 Jun 2010

tugas selepas masuk tt

salam.
bulan mei dah berlalu.
masuk pulak bulan jun.
amat pantas masa berlalu. sekejap je dah 31 hari berlalu. banyak lagi perkara yang belum selesai, dah masuk bulan baru. meniaga pun baru-baru nak jadi. ada sedikit peningkatan pada bulan lepas. bulan ni lagi banyak peningkatan. tempoh promosi dah nak berakhir. tempoh menabur dan berakhir. sekarang ni masa menjaganya dan sedikit masa lagi, kita akan kutip hasilnya. tempoh bertenang dan bertahan. kumpul segenap tenaga yang ada, kita gempur habis-habisan bulan ini. bulan jun ini kita cipta rekod pribadi, meningkat 100%. mustahil ka?

tugas atau kerja yang mesti dilakukan oleh orang baru, kalau mahu berjaya dan bertahan lama dalam meniaga. ramai yang gagal kerana tak tahan cabaran. cabaran 90 hari pertama ama hebat. masa inilah upline kena sentiasa ada komunikasi. ramai yang kecundang belum sampai 90 hari.
di sini saya nak kongsi rahsia kejayaan dalam mlm.
kerja seterusnya setelah join hai-o, bersama Taipan 181.

SELEPAS JOIN HAI-O, KALAU NAK DAPAT CEK K2 dan seterusnya.
1
bina impian. lakarkan impian. impian tu biarlah hebat dan besar. orang dengar pun terkejut.
2
senarai nama- mahu 20 nama, dari 20 nama kita perlukan 6 orang sahaja. kena buat. kalau tak kita cepat habis prospek.
3
tools ;
fotokopi cek-cek, cd BA, fail penajaan- mesti sentiasa bawa, mana tahu ada prospek tersepak. terus boleh cerita.
4
hadiri meeting, kelas, seminar dan program syarikat. jangan berkira kalau berbayar sekali pun. keluar duit, untuk ilmu amat berbaloi. meniaga menjadi- jadi, bonus pun berterusan. duit kecil tak keluar, duit besar tak masuk.
5
ada mentor selain dari upline. cikgu kena ramai, baru kita dapat banyak ilmu.
6
catat semua soalan dari prospek. lepas tu rujuk pada upline, bagaimana nak jawab. ada masalah terus rujuk pada upline atau mentor.
7
baca buku motivasi setiap pagi.
8
lengkapkan 6 kaki, kalau belum cukup. kalau bulan 1 dah penuh, bantu dline kita lengkapkan tt mereka. jangan terlalu tamak. dok cari direct line je. bantu mereka berniaga. lainlah kalau kaki yang ada tu dah mati, kena ada proses ganti pulak.
9
cepat-cepat belajar bgaimana cite MP. kalau dapat, itulah permulaan meniaga kita sebenarnya. kalau dok tunggu upline, lambat berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable