Jom Follow

Rabu, 9 Jun 2010

pagi1

kenapa aku rasa seronok je dalam 2,3 hari ini. tak tahu kenapa semangat semacam. ramai juga kawan-kawan yang dok tanya pasal meniaga. projek tt ini, mudah nak join kot. dulu takut-takut. sekarang ni ikut telepon pun boleh closing. projek mudah. tak rugi. join dapat BA. pakai sendiri je.
semangat ini seperti tahun 2007 dulu. hari-hari momentum maksimum. setiap kali lepas meeting, tak boleh tidur. termimpi-mimpi kejayaan yang bakal diraih bersama hai-o. ternampak-nampak apa yang bakal dimiliki bersama hai-o.
tahun tersebut, setiap hari baca al-quran. meniaga seakan mudah je buat kami. tapi tahun 2008,2009 aku tak khatam pun. manusia pelupa dan malas. iman tak kuat. tapi masih baca yasiin dan surah al-waqiah setiap hari. tapi tahun ini aku dah mula balik baca. setiap hari mesti baca. istiqamah baca. ada ketikanya sehari satu juzuk, kalau tak pun 2 hari 1 juzuk. dah 3,4 bulan buat. lain rasanya. berbeza kalau baca. ini bukan nak berbangga dengan anda semua.kadang-kadang ada yang bertanya. macamana nak sentiasa bersemangat? setiap hari baca buku motivasi, dengar kaset, cd,vcd motivasi. setiap hari ingat dan baca impian kita. cakap dan pikir perkara-perkara positif. kalau ditambah dengan baca al-quran lagi bersemangat. sentiasa doa. sentiasa bersedeqah.
setiap hari aku berharap Allah bagi kekuatan untuk istiqamah membaca al-quran. jiwa tenang dan pemikiran jadi positif.
pasal pikir positif ni pun penting. selalu aku ingatkan pada diri dan rakan kongsi. pemikiran bertindak seperi magnet. akan menarik apa yang kita pikir. kalau nak betul-betul paham anda boleh baca buku pasal law of attraction.
pikir perkara positif, perkara positif akan datang. contohnya kalau gi ke shooping mall. kat rumah lagi, kita dah bayang dan pikir nak dapat parkir mudah dan dekat dengan pintu masuk. apa sampai sana, memang kita dapat parkir seperti yang kita nak. jarang sangat tak dapat.
pikir orang suka pada kita. kita akan dapati memang orang suka pada kita. aku pun tak berapa paham sangat hukum ini. tapi apa yang aku lakukan ialah sentiasa pikir positif dan pikir semua orang suka meniaga ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable