Jom Follow

Isnin, 28 Jun 2010

hari ini1

kelas di Safira Club, Penang
kelas di Kota Baru, Kelantan
kelas di Kuantan, Pahang
kelas di Kota Kinabalu, Sabah

kelas di Batam

jumpa TT lagi malam ini. sepanjang hari dok wat perancangan, nak jaya lebih ramai lagi rakan kongsi. nak buat sedikit penambahbaikan semasa kelas BOP. pengisian pun dah kena upgrade. kalau sama je, orang boring pulak. asyik tunjuk benda sama je. lama-lama orang tak teruja nak datang. setakat hari ini sambutan terhadap kelas-kelas taipan tak ada masalah. sentiasa penuh. sebelum orang boring lebih baik kita buat penambahbaikan dulu. kena proaktif.cdm kartini semasa hadiri seminar dari 0 sehingga jutawan2.

tt baru ni tinggal kat bangi, jumpa di kedai Austin. pada mulanya dia dah bagi warning. kalau jumpa, jangan cite hai-o. dia tak nak buat. tak nak masuk. malah tak perlu jumpa kalau setakat nak sharing peluang dengan dia. cdm kartini jumpa semasa gi seminar dari 0 sehingga jutawan. tapi kami tahu, dia dapat gambaran yang salah. gambaran yang menakutkan. bila jumpa cite yang sebenarnya, dia pun teruja. nak bersama-sama dengan kami.


pagi tadi sempat jumpa dengan leader. bagaimana nak kekalkan momentum pada diri dan group. dalam situasi sekarang ni ramai yang tak ada keghairahan bekerja. seolah-olah dah cukup apa yang dah ada. tak suka cabaran. ada je, dah down. cabaran tu sebagai batu loncatan kearah kejayaan. jangan jemu belajar, kunci kejayaan. nak handle group mesti pandai. mesti pandai komunikasi. mesti pandai main suasana. mesti pandai ambil hati. mesti pandai handle masalah. semuanya kena belajar.

tengahari tadi layan si anak. rehat dan tidur bersamanya. semalam berjaga tengok bola. malam ni pun kena tengok bola lagi. minat punya pasal. games awal tak sempat tengok. jumpa tt lagi baik. dapat juga fulus. kami kerja sekarang ni bukan sekadar nak fulus, tapi nak tengok kejayaan semua warga Taipan.

petang tadi jumpa dengan prospek rakan kongsi. saja nak yakinkan lagi. meniaga ni boleh berjaya dengan syarat buat ikut cakap upline. dah diterangkan oleh rakan kongsi. tak ada yang perlu ditambah lagi. esok dia akan urus dana sendiri. pernah dengar tapi projek dulu. besar modal. tapi projek mesra rakyat dia setuju nak masuk.

malam tadi gi dulu ke stokis Ng. uruskan closing dan temankan tt baru. kena kerja lebih tekun lagi, terutamanya projek mesra rakyat ni. kena cepat dan tak boleh banyak alasan lagi. kena ajak tt baru datang kelas. kelas adalah nadi semangat juang. tak datang kelas, semangat tak tahan lama. meniaga pun tak lama dan tak berapa besar. jadi cukup makan je. nak besar meniaga, kelas jangan tinggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable