Jom Follow

Jumaat, 11 Jun 2010

kesah dulu-dulu.

percutian ini sungguh bermakna bagi kami. bawa anak-anak. ikut kehendak mereka. sebelum asyik kena tinggal je. kami sibuk meniaga je. kali ini puas hati, bercuti bersama-sama. kami yang jaga/main dengan mereka.

tahun ini dah 2 kali kami ke luar negara. cuti sekolah bulan mac 2010 kami mengerjakan umrah, tapi abang je yang kami bawa. si adik kena tinggal. pergi dengan trip vip lagi. bersyukur pada Allah kerana memberi kesempatan untuk pergi mengerjakan umrah. tahun ini juga kami akan mengerjakan haji pulak. doakan kami.

apa yang kami paparkan dalam fb, memberi semangat/motivasi untuk semua. syukurlah. kami tak mampu jumpa dengan anda semua. sms pun hanya untuk cdm/ddm/dsm je yang mampu kami sent. lain-lain pangkat terlalu ramai. jadi fb dan blog nilah yang menjadi pembakar semangat anda untuk terus berjuang. ingat kalau anda frust, tak close. kami pun peernah rasa macam anda. kalau anda rasa malas, kami pun pernah rasa seperti itu. kalau anda tak suka pada upline, kami pun ada perasaan seperti itu. tapi kami bangkit semula. kami tak layan perasaan seperti itu. kami magnet besar. bukan setakat serbuk besi yang kami tarik malah magnet-magnet lain kami boleh tarik. kena kuat semangat baru boleh berjaya.

sentiasa ada orang yang tak senang lihat kita berusaha nak jadi senang. bila senang lagi ramai yang tak senang.

jangan tengok kami sekarang, tapi tengok dan perhatikan kami sebelum sampai ketahap hari ini. tahap kami 8, 9 tahun dahulu. kami pun bermula seperti anda semua. join hai-o, bulan pertama mesti jadi SM. kena jual satu-satu beautiful. mesti jual sampai 9 set. dah pakai sendiri 1. cuba bayangkan berapa ramai yang perlu kami jumpa dengan prospek. nak 9 yang beli, kena jumpa sampai 20 orang. beli cash pulak tu. harganya rm2k lebih. tapi ramai yang mintak harga dealer je. rm1971.
tanyalah cdm juliani dan cdm faridah. bagaimana mereka bina meniaga ini. jangan tengok mereka hari ini, selamilah meniaga mereka dulu-dulu. nak jadi seperti hari ini, perjalanan bukan mudah. cabaran banyak tapi hati nak berjaya, tempuhi cabaran dengan tabah. sampai sekarang mereka kerja giler-giler. kalau anda tengok pun terkejut. malam buat kelas kat KL, pagi esok kelas kat Kelantan, malam dah sampai KL semula, esok pagi kelas kat KL pulak. sampai anda yang bertanya tak penat ke? itu tak payah jawab. semua penat. tapi puas dapat bantu warga taipan capai matlamat masing-masing.

mesti jual 10 set. ini matlamat kami. jelas. kena laku 10. yakin ada yang nak pakai. wanita mesti pakai beautiful. keyakinan ini yang sentiasa kami tanam dalam minda. hari-hari kena buat, supaya 10 set terjual. kelebihan beautiful ni, bila cuba pakai je mesti terpikat. ramai yang dah cuba terus melekat. tak nak buka dah. beautiful ni banyak kelebihannya. kena cite masa lain, pasal kelebihannya.

hari-hari kena jumpa prospek bersama dengan upline. nak cite masa tu belum pandai lagi. takut pun ada. masa tu upline dah ramai dline. tapi upline tahu potensi yang kami ada. dia banyak habis masa dengan kami, kerana dia yakin tak lama bantu kami pun, dah pandai nanti kami boleh gerak sendiri. boleh terbang setinggi mana yang kami mahu. cuma mereka bimbing kami je. keluar demo dengan upline dengan niat nak belajar supaya cepat boleh buat sendiri. bukan nak guna upline, nak besarkan meniaga kami.

mesti cepat boleh buat sendiri. ini matlamat kami masa tu. kalau setiap kali nak jumpa prospek, kena tunggu upline. tak kan kami punya dline pun upline kena turun demo. jadi cepat-cepat belajar. kat rumah pun cite MP, nak dapat skill. cite lagi dan lagi MP, sehingga yakin boleh cite sendiri. lepas tu medan mana kami nak berjuang pun tak kisah. kami yang gi sendiri tanpa upline. nak berjaya cepat belajar dan berani cite MP sendiri.

ikut apa saranan upline. bulan k2 mesti jadi SSM. kami ikut. matlamat dah jelas. kena bimbing 2 rakan kongsi yang dapat jual 10 set juga. sama seperti hari ini. kalau tak boleh, kami kena cari sales sendiri. lepas sekolah baru boleh buat. upline saran siapa yang patut kami bantu, kami ikut. kerja lebih senang sebenarnya kalau ikut panduan kerja oleh upline. gerak kerja dah ada, kami buat je. kena ingat panduan itu hanya berkaitan dengan meniaga je. sekarang ni ikut gerak kerja yang taipan dah buat. lagi senaang dan lagi cepat berjaya.

mana ada kelas di situ kami buka network. tempat tu kami pulun. kerja lebih senang. sekarang ni taipan dah ada kelas di merata-rata tempat. tak payah pilih lagi. bina network dimana yang anda mahu. anda sanggup anda taja. jangan pulak buat 3t. taja, taja tinggal. parah meniaga anda dan tak lama. sekejap je nama anda busuk.

masa bina network tu masih kerja. balik ngajar terus buat demo. balik rumah jangan kira. biasanya lewat malam. begitulah setiap hari. nak berjaya mesti hari-hari buat. hujung minggu keluar KL. Johor, kelantan, terengganu, pahang, kedah. pendek kata semua negeri kami jelajahi.

setiap orang ada kisah mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger