Jom Follow

Selasa, 22 Jun 2010

part time1

setiap hari adalah hari terbaik untuk jumpa dengan tt. sambung tt tersebut dan akan jadi tt yang kukuh dan tahan lebih lama lagi. tak payah nak tunggu lagi. halangan mesti ada, lepas satu, satu akan datang. nak tunggu masalah selesai, alamak tak meniagalah kita. orang hebat melihat peluang terhidang dan bukannya masalah yang mendatang.

ada orang bertanya bagaimana nak suksess. bagi saya senang je. capai apa yang kita impikan. ada orang yang join taipan nak dapatkan duit poket rm1000-2000 sebulan. dah capai dah suksess namanya. ada yang nak lepas bayar keta setiap bulan, dah capai itu dah suksess namanya. ada yang dapat lebih sikit dari gaji. dah dapat itu dah suksess namanya. ada yang nak gi melancong, dah capai itu dah suksess namanya.

ada yang nak lebih lagi. seperti nak jadikan sumber pendapatan utaman. dah capai, dah suksess namaya. ada yang nak capai bonus sehingga rm40k sebulan. dah capai, dah suksess la tu. ada yang nak buat full time, dah dapat, dah suksess namanya.

buat part time tak boleh impikan terlalu tinggi. masa pun terikat. lepas kerja baru boleh buat. kalau boleh celah-celah masa makan tengahari ok jugak. itu pun boleh jumpa tt yang dekat-dekat je. hujung minggu kalau boleh buat giler-giler. itu pun kalau tak ada kerja lain yang kena buat. bawa anak jalan-jalan. sedara-mara datang rumah, kenduri kendara lagi. kalau kita boleh atasi halangan ni, kita boleh berjaya.

kalau hari kerja nak gi jauh pun boleh, tapi kena rancang betul-betul. setakat nak gi penang, ipoh, melaka, jb dan kuantan tu boleh. gi dengan geng, jangan sorang diri. balik kerja je terus gerak. dalam 2,3 jam dah sampai. jam 9, 10 dah boleh jumpa prospek. lepas tu boleh balik. gilir-gilir rehat. sampai KL jam 2,3 pagi. tidur dan esok boleh gi kerja lagi. kami dah buat, tak jadi hal. hati kata nak je. kami dah alami, tak penat pun. kerja tu kita anggap permainan je, mana ada penat. minat punya pasal mana boleh penat. meniaga ni kesukaan kita, tak mudah penat dan tak mudah kecewa.

buat part time, kena betul-betul jaga etika. masa kerja jangan wat meniaga. ada yang sakit mata pulak. tak boleh angkat telepon, dok cakap pasai meniaga. ada yang pedih telinga mendengar. tak boleh selalu keluar. ada yang mati meragam nanti. tak boleh MC selalu, kelak ada yang gi intai kat rumah. betul ke MC. kot-kot gi meniaga. masuk tengahari pun tak leh lewat, pedih-pedih nanti kenkawan. kadang-kadang bos bagi macam-macam kerja. hujung-hujung pulak tu. nak suruh balik lewat.

kalau kerja kerajaan, boleh ambil cuti tanpa gaji dulu. ini pun sesetengah bos tak bagi.padahal kerajaan menggalakan rakyatnya jadi usahawan. tak kan terus nak buat full time. bina dulu meniaga. bila dah kukuh boleh resign terus. berilah peluang kepada kakitangan awam menjadi usahawan. bagilah kemudahan untuk mereka cuti tanpa gaji. kalau layak bagi je.

ada juga sesetengah syarikat, halang pekerjanya wat mlm. salah ke nak cari duit lebih. ada juga tak bagi buat skim cepat kaya. rangkum sekali mlm. pelik-pelik. dunia hari ini tak pelik lagi kalau kita kena wat 2,3 kerja. kos hidup melambung. barangan keperluan hari-hari naik. gaji dah semakin tak cukup. kalau tak tambah, macamana nak hidup.

kerja,kerja,kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger