Jom Follow

Rabu, 9 Jun 2010

baru

sekarang ni ada orang dok promosi, masuk syarikat baru, kita boleh untung, duduk kat atas. boleh kayalah kiranya. betul ke teori itu. selama aku dok ikuti mlm, teori tu tak betul. kalau betullah syarikat tu mengamalkan mlm tulen kecuali buat pelaburan.

kalau mlm tulen, bila kita masuk tak penting. siapa yang sanggup bekerja lebih kuat dari orang lain. siapa kerja lebih tekun dari orang lain. ini paling penting. ramai kawan sama-sama masuk dulu, dah tak buat. tapi kami masih lagi berusaha gigih. sebab tu kami boleh berjaya. padahal hai-o dah wujud dah 17 tahun. orang join bulan jun 2010 pun boleh berjaya.
syarikat mana pun kita join, tak kemana, tak berjaya kalau kita tak buat sungguh-sungguh. buat sekerat jalan. tak ikuti kelas-kelas dan program syarikat.

bila kita bermula tak penting, tapi berapa rajin kita buat itu yang penting. jangan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan kita. tengok syarikat, kukuh ke tak kukuh. banyak syarikat tutup dalam 1,2 tahun je. siasat dulu latarbelakang syarikat. siapa bos-bos dia.

dah banyak orang kena tipu, lebur duit begitu je. masuk bukannya sikit. ada yang sampai RM100k. dapat duit untuk 3,4 bulan je, lepas tu tak dapat. nyesal sekejap. bila datang kawan ajak, join lagi. bila nak insaf. mana dapat duit kalau tak wat kerja. kita ajak buat mlm tulen tak nak. malas nak cari kawan, tak pandai cakap. macam-macam alasan.

nak berniaga, kita mesti turun padang baru boleh berjaya. dah banyak perniagaan yang tak betul; bela cacing, bela ayam, ternak ikan keli, bela lembu, dan macam-macam lagi. nak tulis kat sini pun tak ingat. setiap minggu, ada je pelaburan yang muncul.

syarikat sentiasa muncul dan sentiasa ada yang kena tipu. sejak akhir-akhir ini pun banyak terdapat dalam pasaran. lepas satu satu. tak tahu sampai bila akan berakhir. buatlah hai-o, setialah dengan hai-o. anda tak rugi. banginglah dengan mlm lain, banyak bezanya.yang dah join baru tahu apa perbezaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger