Jom Follow

Rabu, 20 Julai 2011

Terima Kasih...


bangkit! Sang Pejuang.
bangkit! Sang Juara.
bangkit! Sang Pemenang.

Bersyukur.
Masih hidup. Masih bernyawa. Masih ada rezeki hari ini.
Masih diberi kesempatan untuk tambah takwa.
Masih diberi ruang baiki kelemahan yang ada.
Masih diberi ruang dan peluang tambah/asah kelebihan yang ada.
Masih diberi masa untuk baiki/bertaubat dari kesilapan semalam.
Masih sempat follow up yang demo semalam.

Ucaplah terima kasih sekurang-kurang 20 orang,
yang membantu kita capai tahap hari ini.
 
Terima Kasih pasangan, 
menyokong/membantu/sumber inspirasi.
Terima Kasih anak-anak, 
memahami pengorbanan/kesibukan kita.
Terima Kasih orang tua.
Terima Kasih jiran tetangga.
Terima Kasih Mak cik karipap.
Terima kasih mak cik nasi lemak.
terima kasih pengutip tol.
terima kasih penjaga tandas.
terima kasih jaga parking.
terima kasih drive bas.
terima kasih drive teksi.
terima kasih tokey kedai runcit.
terima kasih kedai mamak.
terima kasih pelayannya.
terima kasih kedai tomyam.
terima kasih tukang buat air.
terima kasih tukang cuci pinggang.
terima kasih maid.
terima kasih bos.
terima kasih rakan sekerja.
terima kasih anak murid.
terima kasih penghantar gas memasak.
terima kasih tuan bilal.
terima kasih tuan imam.
terima kasih tok siak.
terima kasih abang.
terima kasih adik.
ramai lagi kita perlu ucapkan terima kasih pada mereka.
bantu/menyokong/menyumbang
tenaga sehingga hari ini.
 
cuba bayangkan tak ada tukang cuci tandas.
bertapa kotornya tandas.
pernahkah kita ucapkan terima kasih padanya,
setiap kali kita menggunakannya.
walaupun tak direct padanya.
sekurang-kurangnya dalam hati.
jasanya pada kita bukan sedikit.
jangan lupakan mereka.
ini untuk aku juga,
yang sering lupa dan leka dan silap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger