Jom Follow

Isnin, 4 Julai 2011

catatan lama


entah kenapa hari ini aku jadi rajin.
susun buku-buku.
susun majalah. 
penuhkan rak-rak yang masih kosong.
buang kertas yang tak guna.
sempat juga aku belek buku catatan tahun 2007, 2008,2009.
menarik untuk dibaca. biarpun kisah tersebut telah jadi sejarah buat aku.
telah jadi kenangan buat kami sekeluarga dan perniagaan kami dan akademi taipan.
apa yang aku catat dan aku ramal telah benar-benar terjadi.
siapa yang hilang. siapa yang mati. siapa yang bina group sendiri. 
semuanya telah aku catatkan dulu-dulu.
bagi sesetengah orang. sejak 2008 lagi meniaga telah sangkut. dah tak ada leader baru.
prospek pun sukar nak jumpa.meniaga masa tu, harapkan dari leader lama. harapkan volume dari leader lama. tak ada pertambahan leader. ada leader yang bermasalah. ego. rasa serba tahu. 
ada juga bila dah capai pangkat tertinggi. mula culas datang kelas. dah tak berdemo lagi. rakan niaga ajak, asyik berdalih. ada juga yang memilih prospek dan jarak. ada juga yang sibuk jaga group. bagi strategi demi strategi pada group hingga terlupa kerja hakiki kita iaitu menaja orang baru.
ada juga yang pentingkan volume sahaja. masuk dan buat lupa janji-janji sebelum rakan niaga masuk. convince pun bukan sikit, malah sampai 20 unit.
catatan itu.
aku lebih mengingati perjalanan harian/mingguan/ bulanan.
seronok bila baca semula. 
dulu kita dok marah/kutuk orang suruh rakan niaga terus buat. bantu pun sikit-sikit je.masuk dan terus lepas untuk bergerak sendiri. itu cara kasar, cara zalim. cara kita ini bagus. cara lembut. bimbing sampai dsm malah ada sampai ddm. nak berdemo pun masih harap cdm. kita ajar rakan niaga kita pengecut. kita yang masukkan unsur ketakutan berhadapan dengan prsopek. tak ada bukti jangan jumpa sorang-sorang. kini mana lebih bagus. cara kasar/cara keras itu yang menjadikan rakan niaga fighter yg hebat. fighter yang tak kenal erti kalah. apa yang mereka tahu, buat, redah, tempur dan tawan saja. apa peduli dengan orang yang tak nak. beribu-ribu lagi yang masih menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger