Jom Follow

Jumaat, 1 Julai 2011

Duit Buat Anak.


Belum keluar rumah. Baca paper dulu, mana tahu ada berita penting. Jadikan senjata semasa convince prospek. Kena ada peluru yang sesuai untuk setiap prospek. Dah selalu buat, mudah nak masukkan jarum.
Sibuk berniaga. Anak tetap diutamakan. Kasih sayang tetap tercurah sepenuhnya. Berusaha untuk tinggalkan mereka, keperluan terpenuh sepenuhnya. Aku pernah dengar satu perkongsian dengan seseorang. Beliau beli kondominium mewah dengan harga lebih RM700K  cash. Separuh datang dari Ibunya. Alangkah bagusnya kalau kami dapat buat begitu pada anak-anak kami. Hidup bebas hutang. Belajar belanja sendiri. Nak belajar jadi ustaz atau profesional. Samada dalam atau luar negara. Beli kenderaan cash. Beli rumah cash. Modal perniagaan, kami sediakan. Kan bagus kalau gitu. Nak capai itu, tak boleh berpeluk tubuh. Jangan cepat puas hati. Masih banyak lagi potensi yang belum kita terokai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger