Bertemu dari hospital Colombia Asia. Bilik je yang bertukar. Dah 3 x tukar bilik. Masih x leh keluar lagi. Entah berapa hari lagi nak dok kat sini. Ingatkan hari ini dah boleh blah. Semalam platlet masih turun. Janganlah turun lagi. Dah nak balik. Dah jemu.Dah tak tahan. Nak berniaga pun tak senang. Asyik dok pikir pasal anak je. Sekolah pun dah seminggu ponteng.
Lepas jumaat. Aku datang lagi. Temankan anak. Aku pula ditemani dgn buku 'Sepahit Jadam'
Garapan Nik Muhammad Abduh. Koleksi catatan blognya. Menarik. Serius serta bersahaja. Lawak pun ada. Byk juga info baru aku dpt. Tulisanya bagus. Cpt dptkan buku ini. Tak rugi. Hala yuju perjuangan beliau. Aku beli semalam kat airport kb. Untung kalau airport ada kedai buku. Buku-buku biarlah yg mampu bina minda dan inspirasi perjuangan, naikkan martabat bangsa.
Dah 4 hari kat hospital. 4 hari jg anak aku tak mandi.....hi hi hi. Apa nak jd. Jgn 'menurun' sudah. Sejuk. Takut air. Boleh tahan tak mandi....
Kat KB, aku optimis. Masih boleh cetak duit lg. Asalkan rajin. Rajin jumpa prospek. Rajin tambah senarai nama. PB atau BA masih orang nak. Masih ramai perempuan yg belum pakai PB. Masih banyak rumah-rumah yang belum guna penapis air. Ruang bergerak masih luas. Bergerak dan jgn banyak dalih.
Duit semua org nak. Org gila pun nak. Lagi-lagi cite pasal duit. Tak cite lain. Duit. Duit. Kalau jemu tak payah baca. Kan blog ni blog dunia mlm. Perniagaan ajaib yang telah ubah kehidupan kami sekeluarga. Bukan kami je, ramai lagi yg telah berubah life stylenya.
Gi kerja cari duit. Buat OT nak tambah duit. Claim pun nak tuntut duit. Buat part time, tampung duit yg kurang. Duit keluar macam air. Keluar rumah, duit pasti keluar. Apa yg tak pakai duit. Cuba cite. Cuba cite. Nak berak kencing pun duit. Nak ambil wuduk pun kena bayar...aku dah kena sbb tu aku ckp. Tol, minyak keta...semuanya duit keluar. Duit masuk...sebulan sekali. Kalau meniaga kuih,burger atau nadi lemak lepas kerja. Hari-hari duit cash masuk. Senang hati.
Semakin ramai kt jumpa, semakin ramai yg join. Kalau dok peluk tubuh. Tak payah ckp la. Sendiri mahu ingat. Mlm mesti jumpa org. Malu, takut atau segan kena padam dari kamus hidup kalau mahu betada dalam 5% pengedar hai-o yang benar-benar no 1. Duit byk tak kan tak nak. Beri peluang pada diri, berenang dalam kolam mlm. Pasti indah yang kt rasai.
Meniaga kat Kelantan. Pasaran masih terbuka. Tak ada sapr-sape yg blh mengaku dia yg 'konkor'. Masih-mading ada hebat. Usahlah berlawan siap hebat. Lawan dgn diri sendri. Lawan malas. Potong urat malas tu. Lawan perasaan dah'aku ok'. Tak payah gile-gile buat..dah ok. Dah kukuh. Dah mantap.
ooit. Kena ingat. Rakan niaga boleh pergi. Rakan niaga boleh berhenti. Kita tsk tahu bila.. Hari ini dok cite pasal KB. Bukan apa, semalam berada kat sana. Teruja lihat ramsi org. Flight ke KB pun 19 kali. Tandanya org ramai. Tandanya peluang besar lg. Jgn takut.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan