Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dah syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas,
dan sinar kuningnya juga mungkin
dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya
kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menajadi hartanya
Nulikan;
A. Samad Said
Tiada ulasan:
Catat Ulasan