Jom Follow

Rabu, 6 Julai 2011

Sup Ketam

Masih di hospital. Belum boleh keluar lagi. Mungkin 2,3 hari lagi, baru boleh keluar. Bergilir-gilir temankan anak.
Masa begini aku gunakan sebaik mungkin. Baca buku. Tak kemana-mana, boleh fokus sikit. Kena tambah ilmu. Meniaga sedang kembang, group mula lebar. Nanti tak cukup ilmu, terbantut pula pertumbuhannya.
'MLM Nuts and Bolts' oleh Jan Ruhe. Dah lama simpan. Baca sikit-sikit. Belum habis, hari ini mula balik. Sesuai utk yang baru-baru nak berniaga. Mudah dan jelas. Ciri nak berjaya ialah tahu dgn jelas apa yang kita nak dari perniagaan ini. Kita boleh tulis satu persatu. Bukan matlamat yang kabur dan tak tahu hujung pangkal. Ini baru mukadimah buku ini. Nanti ada lagi sambungan.
Malam ni bola. Mampukah Kelantan menang liga super atau berputih mata lagi. Tunggu jam 8.45pm malam ini. Kelantan bertemu dengan Sabah. Seri dah cukup, menang lagi baik.Kat hospital 801 pulak tak ada. Nak balik, kesian pulak. Tak patut, memang patut. Kat TV 1 siarkan Selangor bertarung dengan Perak.
Malam ini, kelas kat Safira Club. Dah 2 minggu tak gi. Kelas tetap hebat. Orang tetap ramai. Orang masih bernafsu. Dah selalu gi, rasa pelik pulak. Dah rancang nak gi, sangkut anak demam. Denggi pulak tu. Bahaya. Orang kata makan sup ketam, ubat mujarab. Dah buat tapi belum makan lagi. Malam nikena makan. Kalau tak lambat baik. Kalau anak tak nak, bapak boleh habiskan. Sup ketam pun sedap. Dah lama tak makan. Boleh lawan patin tomyam kot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger