kaki baru mesti ada.
mesti taja orang baru.
mesti ada orang baru.
jangan berhenti menaja.
apa pun pangkat kita.
cdm baru, cdm lama, cdm otai
atau pun super cdm(kalau ada).
tak boleh tidak, kena ada.
besar mana pun group kita.
ramai mana cdm group kita.
banyak mana volume group kita.
hatta 6 angka bonus kita.
kaki baru wajib ada.
terlalu sibuk membantu rakan niaga,
terlalu sibuk membimbing rakan niaga,
terlalu sibuk memimpin rakan niaga,
kena luang masa untuk bina kaki sendiri.
sentiasa ada kaki baru.
bertambah kukuh kita punya kaki.
bertambah besar kita punya group.
bertambah meriah kita punya group.
beri inspirasi buat rakan niaga terus bekerja.
beri isyarat pada rakan niaga, menaja tak boleh berhenti.
jangan cepat puas hati.
jadi cdm. ada 5,6 kaki.
jauh dari cukup. jauh dari ok. jauh dari selesa.
jauh dari kukuh. jauh dari mantap. jauh dari stabil.
dah selesa sangat. menaja pun bila ada kesempatan.
4,5 bulan seorang belum tentu kita taja.
itu pun yang datang menyerah diri.
itu pun masih jual mahal lagi.
rakan niaga itu, ajak gi menaja.
pilih pula prospek.
pilih yang dekat. pilih kerja kerajaan.
pilih yang muda. pilih yang kita suka.
kaki baru, mesti ada.
kita tak tahu bila seseorang nak berhenti.
kita tak tahu bila seseorang itu beralih arah.
1 kaki hilang, dah hilang arah, wawasan dah terburai.
kalau kita sentiasa ada kaki baru.
ada kita kisah. ada kita bermuram durjana.
masih ada banyak lagi kaki yang terbina dan sedang kita bina.
kita terleka dari menaja.
banyak cakap pasal menaja.
bersyarah, bergosip sampai pagi, dikedai kopi.
tapi tak buat. dok suruh rakan niaga.
suruh rakan niaga tak paham.
kita tambah kaki baru, baru rakan niaga paham dan buat.
bila kita buat, rakan niaga pun buat.
ini akan diduplikasikan dan meniaga kita menuju infiniti.
masa suasana meniaga ok.
kita tak ada hal.
bila ada masalah, baru kita panik.
2,3 kaki buat syarikat lain. kita tekan punat panik.
mulalah seperti cacing kepanasan. dah tak ada orang.
nak menaja baru, dah lama tak buat.
skill pun dah berkurangan. lambat menjadi pulak tu.
bukan 1 kaki baru, kita buka terus jadi.
mungkin 3,4 kaki baru, 1 baru menjadi.
ada juga yang 10 kaki baru, 1 baru jadi.
kita pilih susah. selesa dengan apa yang dah dimiliki.
kaki baru.
kena taja, terutamanya ketika fight melancong.
kita kena taja kaki baru, untuk melayakkan diri kita pergi melancong percuma.
beli tiket tak main. lama-lama rakan niaga akan tahu juga.
rakan niaga pun buat macam kita buat.
kaki mereka pun tak kembang-kembang.
bukan anak jantan. bukan harapkan dari kaki yang ada ada.
rakan niaga, kita support supaya dia yang layak. mesti layak bro.
banyak berlaku, kita layak ketika point itu naik ke kita.
tak kick bro kalu gitu. kita fight melancong dengan percuma.
bila ini berlaku, setiap rakan niaga pun akan fight sama-sama dengan kita.
baru volume bertambah, income naik, group makin kembang, bershooping luar negara.
baru betul. baru teladan yang baik. baru cdm hebat. baru super cdm.
kaki baru sentiasa ada.
sentiasa kita kukuhkan.
kalau ada segelintir berkubur.
kita dah ada pengganti. tak susah hati.
volume tak jatuh, income tak menjunam.
kaki baru dah bersedia ambil alih yang kosong tu.
pecut sikit dah jadi. pecut sikit dah subur. pecut sikit dah rimbun.
syarikat kita mudah.
syarikat kita simple.
cukup dengan 6 kaki sahaja.
untuk kaut semua bonus yang ditawarkan.
tak ada maintain group.
jadikan kita leka. maintai sikit pun income besar.
bila ada ribut taupan. ada yang musnah.
income menjunam. rakan niaga dah tinggal ciput. kena bina semula.
jadikan apa yang terjadi ini sebagai panduan lepas ini.
menaja kena buat sentiasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan