23/7/2011
sabtu.
jam 5am bertolak ke KLIA,
terbang ke kuching.
jam 7.1 am.
meriahkan hari anugerah, sm&ssm,
untuk sabah dan sarawak.
pada 24/7/2011, iaitu hari ini.
dah ada network, kenalah datang.
sokong dan berguru dengan mereka.
bersama aku, cdm kartini,
cdm zefry, cdm roshila,
cdm indawati, cdm pah.
|
Jam 9.20am, tiba di Kuching, Sarawak. Toyota Alphad, QTG 181, telah tersedia menunggu kami. Bawa kami ke Serikin. Pasar minggu. Tengok-tengok cuci mata, beli apa yang berkenan dihati. Pemandu pelancong kami, Cdm Adul. Terima kasih cdm, sudi menemai kami jelajah Serikin. |
|
|
ini banyak kat serikin. pasarnya bermula jumaat petang hingga ahad tengahari. jadi tumpuan ramai. banyak barangan yang dijual kat sini. aku rasa lebih 200 gerai yang ada. semua indon yang cari rezeki. orang kita sewa tapak. bukan mahal pun. dalam RM100-200 je satu tapak. Pilih-pilih. Tapi panas sikitla. Tawarlah untuk dapat harga yang terbaik. |
|
Ini yang aku beli. Surah yassin atas kulit kambing(plastik je). Nak tampal kat dinding. Beli yang dah diframe. Kalau tak, tak jadi. Inilah kita, surah yassin untuk tampal kat dinding, sepatutnya ada dalam hati setiap kita. senang nak baca. Hafallah tu, maksudnya. lagu-lagu boleh hafal. yassin lagilah boleh hafal. Nabi pun suruh hafal,. berubah. kena berubah. |
|
Buah pun ada. segar-segar pulak tu. Limau ni manis. Maklumla limau madu. kami juga beli buah naga. manis, baru penin. satu lagi, minyak buah merah banyak dijual kat sini. aku pun tak berapa tahu. tapi buah ini, dari papua new gini. betul ke ejaan aku ini. minyak panas. banyak kegunaanya. aku pun beli sebotol semalam. bukan ubat kuat tau... |
|
Perjalanan ke serikin, lebih kurang 1.30. Serikin dok dalam daerah bau. sempadan dengan indonesia. balik dari serikin, singgah dulu kat RJ Ayam Penyet Kopitiam. Sebelah bangunan Mara. |
|
|
Lambatnya. Air pun belum mari lagi. tengah dahaga ni. |
|
Berhenti kat sini hanya untuk makan goreng pisang je, tapi berbaloi. sedap. susah nak jumpa kat KL. sekali kena, pasti nak lagi. sedap sangat-sangat, bagi aku, orang lain, aku tak tahu. selera masing-masing. |
|
Pandangan seberang jalan, dari bilik aku. Menginap di hotel 360 Urban Resort. Hotel baru, harganya menarik. biliknya selesa. kat lobby ada kedai-kedai, senang nak cari barang...satu lagi dekat dengan majlis anugerah hari ini. hanya seberang jalan je. ramai juga geng-geng hai-o yang menginap kat sini. selepas check in, masuk bilik dan tidur..kepenatan seharian ronda-ronda. jam 4am dah bangun, kejar pesawat. ada jugalah orang yang nak kena tinggal pesawat. ade ke patut, sampai KLIA jam 6.45, padahal pesawat nak terbang jam 7.10am. kalut ribut dan nasib baik kaunter check in, masih bagi kebenaran masuk. kalau tak terlepas.. |
|
Ini tempat kami makan malam. di arif hotel. tempat pilihan setiap kali aku ke kuching. gerai no 9. |
|
dah lapar. dah tak sabar. |
|
nasi kerabu special, nasi kerabu ikan keli goreng. nasi kerabu ikan keli percik, laksam dan nasi dagang. inilah makanan yang kami belasah. kenyang hingga pagi ini. |
|
Sampai kat branch kuching, dah ada tetamu. Termizi, romi dan dahlan. orang kuat akademi taipan sarawak. |
|
Suasana kelas semalam, tak penuh, tapi kehadiran beberapa prospek baru. cukup membakar semangat kami. bukan mudah nak berjaya. bukan senang nak berjaya. pengorbanan perlu dilakukan. jarak satu sati tempat yang agak jauh menyukarkan untuk bergerak tapi tak mustahil. kena wujudkan keghairahan untuk berjaya. |
|
Cdm Ash. Taipan Sarawak, masih berusaha, masih menanti, masih ghairah. Sarawak lubuk emas. Orang Sarawak, pun suka jadi kaya. kena kaya. mesti kaya. baru senang masa depan. senang anak nak belajar. kat sarawak banyak terdapat univsiti luar. kosnya bukan sedikit. kalau kita kaya, mampu sekolahkan anak-anak diuniversiti tersebut. |
|
Cdm Siti Rahmah bersama 2 rakan niaga baru. bertemu di KLIA semasa nak ke Hong Kong itu hari. Sekarang dah jadi rakan niaga. Tahniah. Prospek ada di mana-mana, asalkan ringan mulut bertegur sapa dan rajin follow up. dah lekat dan harap jadi pengempur terhebat. |
|
Cdm Roshila, dok terangkan kehebatan Premium Beautiful kepada prospek baru semalam. Datang dari Pusa, seorang guru. Suaminya tekun mendengar. Seorang polis. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan