Bertemu lagi.
Sentiasa aku berdoa, agar Allah permudahkan segala urusan aku. Aku juga dapat disiplinkan diri untuk sentiasa punyai ruang dan peluang berkongsi sesuatu dengan anda di luar sana. Aku ada hanyalah sedikit kisah untuk dikongsi. Nak tulis buku, rasanya masih belum mampu. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Jadi pada ruang inilah aku menggarap sesuatu untuk diri dan sesiapa yang melayarinya.
Dah lebih setahun aku berkongsi cerita dan maklumat dengan anda. Terima kasih pada anda yang sudi singgah. Terima juga pada follower sekalian. Teruslah bersama dengan aku, mana tahu dalam banyak-banyak entri ada yang bermanfaat buat anda. Mana tahu, catatannya begitu dekat dengan anda.
Penulisan aku tak berapa bagus. Masa sekolah lagi. itulah kadang-kadang tunggang tebalik aku punya bahasa. Aku tak boleh mengalah. Tak boleh berhenti menulis pasal itu. Kalau bethenti, berkuburlah apa yang sering bermain diminda. Blog adalah ruang tetbaok buat kita menyampaikan idea, rasa dan ilmu. Percuma dan sesiapa pun boleh bacanya. Itu juga secara sukarela. Tak ada paksaan. Singgah dengan rela, kalau ok, akan singgah lagi. Kalau tak bye bye. 6 billion manusia. Mesti ada yang akan singgah. Blog aku ni pun masih ada yang singgah. Padahal blog ini, entrinya macam-macam.
Aku bekas guru dan dah lebih 4 tahun sepenuh masa berada dalam dunia mlm. Jadi entrinya banyak berkisar ilmu/info/kisah berkaitan mlm. 10 tahun bergelumang dunia mlm. Dunia penuh rintangan dan halangan. Dunia orang pandang sebelah mata. Dunia penub strategi dan disiplin. Dunia orang jadi jutawan tanpa modal yang besar. Mlm dunia penuh ilusi bagi sesetengah orang, terutamamya yang belajar tak khatam. Kaya sekejap. Senang sementara. Happy seketika. Masuk banyak sekali dua. Lepas itu hidup kembali mendung. Kena beralih syarikat lain pulak. Syarikat pun top. Naik meroket. Berpusu-pusu oran masuk. Kaut duit sebanyak-banyaknya duit, sebelum kembali kemarau. Inilah yang sering dalam minda orang kita.
Mlm bukan begitu. Mlm boleh bertahan lama. Mlm boleh cecah 20,30,40,50 tahun. Terpulang pada kita. Selama mana kita nak berniaga. Selama mana nak bertahan. Aku sendiri dah hampir 11 tahun. Masih bertahan. Masih boleh makan. Masih boleh sara keluarga. Naik turun tu biasa. Namanya berniaga. Masa lebat,simpan lebih. Jangan guna semua. Kena beringat. Bukan penting berapa banyak wang masuk, tapi berapa banyak yang kita simpan.
Zaman kemarau, taklah sampai kering kontang. Masih ada yang masuk. Masih lebih dari gaji dulu. Tugas kita, buat jangan berhenti. Buat hari-hari. Salah satu sebab ramai yang sangkut. Bila masa meniaga menjadi-jadi, terleka seketika. Kurang buat penajaan. Kurang cari kaki direct. Terlebih pada jaga group. Terlupa kaki sendiri, padahal mesti ada setiap bulan.
Salah satu rahsia hai-o buat pakej melancong supaya leader-leader menaja kaki baru. Sibuk jaga group sekali pun, kaki baru mesti dibina. Tak boleh tidak. Kalau tak terbina. Mana tahu, rakan niaga tak bertahan ketika tsunami melanda. Kitaran ekonomi melanda, ketika menjunam. Mereka tak bertahan. Sedikit yang hilang, kita tak kisah. Kalau tak, kalut ribut. Nak menaja kembali, susah sebab dah lama tak buat kerja itu.
Aku menulis ini, dari Hospital Colombia. Dok teman anak laki, terlantar kat sini, demam denggi punya pasal. Dah 2 malam. Tak pasti berapa hari lagi akan menginap kat hospital. 2 hari ponteng sekolah. Hajat aku nak ke Safira Club malam ini pun terbatal. Demi anak. Demi kejayaan dan kebahagiaan anak. Esok aku dan isteri, nak balik kb. Mungkin cdm kartini balik seorang. Aku atau isteri mesti jaga dia.
Mlm dunia pilihan aku. Bermula untuk tampung duit gaji. Kini jadi kerjaya pilihan. Perbelanjaan keluarga semuanya hasil dari perniagaan mlm. Bayar loan rumah, loan kereta, yuran sekolah anak, renovation rumah, bagi kat orang tua, hantar orang tua gi umrah, beli sedikit aset masa depan.Tak buat lain. Tak kerja lain.
Group dah terbina. Ramai juga yang dah berjaya. Dah rasai kemanisan mlm. Ramai yang mendiami rumJ idaman. Memandu kereta impian. Ada berjaya dan ada yang belum jadi. Mereka yang gagal, bila menyerah lebih awal. Tak nak teruskan langkahan lagi. Keyakinan menjunam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan