PTPTN tidak paksa bayar jika peminjam belum kerja.
Kuala Lumpur- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan memaksa peminjam yang belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
"Kerajaan sentiasa sedaya upaya untuk membantu pelajar bagi mendapatkan bantuan kewangan, malah kita juga bermurah hati untuk membantu mereka sekiranya mereka belum mendapat pekerjaan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail(PKR-Machang) mengenai pendirian kerajaan terhadap peminjam yang belum mendapat pekerjaan.
Saifuddin turut menegaskan bahawa kerajaan akan membantu peminjam yang disenarai hitam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara jika mereka mendapat tawaran.
"Tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka telah disenarai hitam tetapi mereka datang ke PTPTN, kita akan bantu mereka kerana mereka mempunyai alasan yang munasabah," katanya.
Menjawab soalan Khairy Jamaluddin(BN-Rembau), Saifuddin berkata, kerajaan tidak bercadang meminda dasar PTPTN unuk mencakupi pemberian pinjaman kepada pelbagai kursus ijazah profesional seperti yang dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah(ACCA), Pengurusan Akautan Berkanun(CIMA) atau Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales(ICAEW).
Kepada soalan Matulidi Jusoh(BN- Dungun) pula, Saifuddin berkata, institusi pengajian awam (IPTA) tidak menawarkan yuran pengajian percuma terutamanya di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah(Ph.D).
Bagaimanapun, katanya kerajaan menawarkan penajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D di IPTA dan IPTS terpilih di bawah program MyBrain15 dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Aku- Nak kerja pun susah sekarang. Peluang perniagaan sentiasa terbuka luas. Asalkan rajin dan tekun sahaja. Modah paling ampuh adalah kemahuan meluap-luap dalam diri. Duit pun banyak masuk. Cepat boleh bayar PTPTN dan jadikan kita adalah orang terakhir dalam keluarga kita yang belajar dengan meminjam dari PTPTN.Insyaalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan