Jom Follow

Selasa, 1 November 2011

Pak Yan Medan: BOOOOOM


Petang tadi, selepas lunch. Bertempat di Restoran Anwar, di Bukit Puchong. Sesuatu yang mengembirakan telah aku perolehi. Aku diketemukan dengan seorang hebat. Seorang yang berjiwa kental. Seorang pemberani. Seorang punyai tekad dan nekad. Seorang yang betul-betul positif. Seorang yang optimis. Seorang yang mahu berjaya bersama Akademi Taipan181.

Walaupun dah biasa aku jumpa. Dah biasa aku temuinya. Dah selalu sembang.Tapi pertemuan kali ini lain macam sikit. Semangatnya begitu tinggi. Keyakinan pada diri dan akademi memuncak. Yakin boleh hidup senang dengan biz ini.  Dari sinar matanya, seolah-olah dia telah benar2 berjaya dalam biz MLM ini. Tak lama lagi,harinya pasti tiba jua.

Yan. Ramai yang kenal. Ramai yang selalu jumpa. Ramai yang pernah dengar namanya. Ramai yang pernah sembang2 dengannya. Ramai yang pernah bertemu muka. Orangnya pendiam, merendah diri dan punyai tekad untuk lebih cemerlang hidupnya.

Dsm sikit lagi. Sebelum ini, biznya kat Medan. Sekarang ni pun kat sana. Dulu ulang alik antara Medan dengan KL. 4,5 hari kat Medan. 25 hari kat KL. Meniaganya susah nak kembang. Susah nak wujudkan suasana. Susah nak masuk pasaran. Belum betul2 panas dah ke KL. Tanam benih, tinggal, tak terjaga dengan rapi. Tak ada penjagaan baik. Tak sempat naik dah mati. Kenkagan masa penyebabnya. Bukan tak boleh buat, tapi masa kurang. demo!demo!demo! belum hantar produk dah balik KL. Customer dapat barang, pasang, guna dan balik KL. Rakan niaga tak sempat belajar. Rakan niaga tak sempat padai. Rakan niaga tak sempat tengok demo. Dah kena balik KL.

Buat kelas. Ramai yang datang. Follow up x sempurna. Customer x jadi beli produk. Kadang2 follow up lewat. Customer x jadi. 

Tapi kali ini lain pulak. Dah 3 bulan dok kat sana. 3 bulan menetap terus kat Medan. Dah tak ulang alik KL Medan lagi. Dah tahu kehendak pasaran kat Medan. Dah tahu rentak MLM kat Medan. Dah tahu apa yang dikehendaki oleh Custome Medan. Semakin menjiwai bumi Medan. Mula dapat sales. Mula rekrut rakan niaga. Volume mula naik. Kepercayaan rakan niaga padanya semakin tinggi. Boleh servis dengan lebih sempurna. Boleh follow up dengan lebih kerap. Persoalan rakan kongsi dan customer dapat dijawab dengan lebih detail. Dah banyak yang dia belajar. Cuma perlu ada RUKO, untuk lebih diyakini. Bila jumpa prospek. 

"Kat mana kantor?"

Kalau tak ada sikit susah nak kembang. Lambat boleh terbang tinggi. 3 bulan akan datang. Nekadnya mesti punyai kantor, kalau mahu kusai pasaran Medan dengan lebih cepat. Kat situ, sekurang2 ada stok 2,3 bio aura. bila customer nak terus boleh bagi. kat sana, customer lebih suka bayar duit terus dapat barang. Tak payah tunggu2 lagi. Tunggu HQ pos barang. Lambat boleh menyejukkan customer. Bila barang sampai, gi hantar, customer dah tak jadi. dah berubah keputusan. Mesti ada stok. Nak terus bagi. customer kat sana boleh duit dengan bio aura. mereka boleh jual isi ulang. kat sana mereka jarang minum air paip walaupun dah dimasak. Mereka akan minum air mineral. Jenama Aqua jenama popular di sana.

Dia datang tadi bersama Uplinenya Ddm Kak Ana dan suami, serta rakan niaga barunya. aku tak ingat namanya. gambar pun terlupa nak ambil. p pulak tertinggal dalam kereta. rugi tak dapat bergambar utk kenangan. Dapat Ssm bulan lepas. Datang KL, temani anaknya bertanding sempoa peringkat antarabangsa, kat corus hotel. Sebelum balik, nak jumpa dengan kami. Aku pun dah lama tak jumpa dengan dia. Teringat juga la. Nak tahu juga perkembangan biz kat Medan. Macam tahu2 pulak, boleh jumpa petang tadi.

Yan dah lama berusaha. Baru nampak sinar. Bukam mudah nak buka pasaran kat tempat baru. perlukan lebih pengorbanan. setelah hampir 2 tahun, kini sinar itu telah muncul. kini sinar itu menampakkan diri. benih yang ditanam, mula tumbuh. mula berpucuk. mula berbunga. mula berbuah. kesabaran memberikan keajaiban. walaupun hasilnya belum lumayan, pasti sedikit masa lagi akan lebih menjadi-jadi. Pasaran Indonesi terlalu luas. Medan saja pun makan tak habis, kalau biz ini jadi. Penduduk kat Medan ada belasan juta. Mana boleh habis.

Tadi tak sempat jumpa lama. Dah lewat. Masa tu belum solat zuhur lagi. bergegas ke masjid dan lepas itu balik rumah. kereta, anak buah nak pakai, gi ambil anak balik sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger