Jom Follow

Isnin, 14 November 2011

Hong Leong perlu kaji semula cadangan VSS

Kuala Lumpur- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) meminta Hong Leong Bank menimbang semula rancangannya untuk melaksanakan Skim Perpisahan Sukarela (VSS) kerana mendakwa rancangan itu melanggar perjanjian bersama.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, NUBE dan Hong Leong Bank terikat dengan perjanjian bersama sedia ada yang akan tamat tempohnya tidak lama lagi.

"Lagipun, Hong Leong Bank mencatat keuntungan dan oleh itu tidak ada sebab munasabah baginya membuang pekerja pada peringkat ini.

"VSS bertujuan mengelak prosedur pembuangan pekerja yang termaktub dalam kod etika Keharmonian Perusahaan yang tidak memerlukan majikan mematuhi peruntukan pemberian latihan dan sebaliknya menggunakan prinsip 'yang paling baru masuk, paling awal keluar'," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Solomon memberitahu, bank berkenaan telah memaklumkan rancangannya kepada pekerjanya melalui pekeliling bertarikh 2 November lalu dan mendakwa cadangan VSS itu telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Buruh.

Jelas beliau, sekiranya dakwaan itu benar, NUBE berhak untuk mengetahui asas kelulusan itu diberikan.

"Sekiranya Ketua Pengarah Jabatan Buruh telah meluluskan cadangan tersebut, ianya merupakan suatu tindakan yang melebihi kuasanya kerana beliau telah merampas fungsi sebuah kesatuan sekerja kerana kuasanya hanya terhad kepada mengawal selia pentadbiran buruh dan menangani aduan, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan VSS," ujar Solomon.

Sehubungan itu, beliau menggesa bank pusat campur tangan dan menyarankan agar satu perjumpaan tiga pihak diadakan untuk membincangkan isu itu dengan segera kerana para pekerja amat bimbang tentang masa depan mereka.

Kini Hong Leong Bank mempunyai 11,000 pekerja setelah bergabung dengan EON Bank.

Aku- pakat bincanglah secara baik... yang muda bolehlah kerja lain. dah berumur sedikit sukar..kalau nak berniaga ok....nak join kami pun ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger