Jom Follow

Jumaat, 25 November 2011

Pujuk Balik. Ikut Aku Pulak.


Aku tak kemana-mana hari ini.
Hanya ke Masjid Sri Petaling.
Solat jumaat dengan Aiman.
Balik, rehat dan santai-santai.
Baca paper dan update blog.

Cuma Cdm Kartini ke Putrajaya tengahari tadi.
Jumpa rakan niaga yang berjaya diselamatkan.
Ramai yang mencari dline, dari kalangan mereka yang tak aktif.
Ajak aktif balik, dengan bimbingan mereka pulak.
'mereka punya strategi terkini dan paling menarik.' akui mereka.
Taktik nak tarik, senang kerja, tak payah ajar banyak2 lagi.
Dah memang ada skill, cuma polish sikit je dan boleh on.

Kalau taja orang fresh.
banyak kerja, kena ajar itu, kena ajar ini.
Lebih lama kena bimbing.
Memakan masa juga nak pandai,
baru boleh lepas gerak sendiri.

Ada yang dah mati. Ambillah orang tak kisah.
Ada juga yang belum mati. Ambil, ada orang kisah,
walaupin ada juga yang tak kisah.


Wow! Aiman pakai sarung hari ini. Tak terjatuh ke? Cuti sekolah baru boleh solat jumaat bersama anak. Lepas solat, tunggu kejap. Tak payah nak cepat balik. Berlama-lama sikit kat masjid tu. Rasai ketenangan berada dalam masjid sambil berzikir mengingati Allah Yang Maha Kaya. Balik rumah, bukan ada yang nak buat pun. Sekadar tengok TV.

Sedang tunggu, ke mana malam ini.
Masih ada biz ke tak ada?
Kalau tak ada, kena rancang apa mahu buat malam ini.
Buku mana yang nak dibaca, kalau perlu gi IOI, beli buku baru.
Macam nak baca novel pulak hari ini.
Kat meja aku sekarang dah ada novel ' Semarak Cinta' hasil nukilan Hijratul Akisya.
Cdm Kartini dah baca, aku dok berkira-kira bila nak mulai membacanya.
Dah mula kena habiskan juga, kalau tak rugi rasanya.

Sape yang dah baca buku ini? Novel pun aku baca. Melepaskan geram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger