Jom Follow

Sabtu, 19 November 2011

Graduasi Seri/Semi Abim

Segak bergaya. Serba merah. Tandanya berani. Bersedia untuk ke Majlis Graduasi tahun 2011.
Pelajar berkumpul di luar dewan. Tunggu perarakan masuk dewan.

Sempat bergambar bersama Nazmi dan Nabil.
Sentiasa menyokong anak. Sentiasa meniup semangat juang anak.

Dapatlah juga buku cenderamata. Kena simpan buat sejarah Aiman. Sekarang ni, macam tak berharga. Lagi mana simpan, lagi berharga. Perasmian oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Jais.

Dewan yang menjadi saksi majlis graduasi. pelajar tahun 6 dan tingkatan 3. Kat sini juga, dapat seorang prospek. Katanya nak cuba PB. Mungkin cuba-cuba berniaga. Tapi nak buat biasa-biasa. Malas nak buat luar biasa hebat. Kalau nak pulun sakan pun tak ada yang marah. Kalau ikutkan cerita dia. Dia pernah cipta kejayaan luar biasa hebat dalam industri MLM. Tak mustahil, bina kejayaan kali ke 2 bersama hai-o pulak. Kejayaan milik yang berusaha luar biasa hebat.

Sempat lagi melambai. wow! macam penceramah agama. sebelahnya Aflah dari kelas 6 Othman.
Bersama rakan sekelas 6 Uthman.

Turun ke pentas utama,untuk sesi pergambaran


Macam sedih. Jom bergembira. Dah nak masuk alam remaja. Dah tak sabar nak menyambung legasi mak bapak dalam hai-o.

Bersama Ahmad Nabil Syuhair Azahar dari kelas 6 Omar.

Good. Dah habis sekolah rendah. Mana nak sekolah lepas ini. Terserah pada mak bapak.


Segak bergaya.

Bersama Ustaz Shairul Azri, orang Sungai Keladi, Chetok.

Aku pun ada. Dah nak sama tinggi dengan aku. Kat majlis ini juga, aku bertemu dengan kawan lama. Tak berapa rapat sangat. Tapi 2,3 kali jumpa. Pernah sembang-sembang. "Macamana hai-o sekarang?" tanyanya. "Ok." aku jawab. "Orang dah kat atas, tak ada masalah." sambungnya. Aku malas nak jawab. Padahal siapa yang rajin dan tekun akan terus stabil dan tak ada masalah income. Bukan pasal orang lama ke, orang dok kata atas ke.

Hebat.

Gembira

Happy

Kelas 6 Uthman.

Ini akan jadi kenangan sepanjang hayat Aiman. Lepas ini, masing2 berpecah. Pilih sekolah yang lain2. Namun begitu ada juga yang kekal kat situ.
Hari ini.
Kami ke Majlis Graduasi Kali ke 3.
Seri Semi Abim Sungai Ramal, Kajang.
Majlis berlangsung di Auditorium Abu Zarim,
Institut Latihan Sultan Ahmad Shah Bangi.
Pagi-pagi lagi dah ke sana.
Tamat jam 12.30.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable