Jom Follow

Khamis, 17 November 2011

UPSR Aiman...

masih menanti.
masih menunggu result UPSR Aiman.
belum dapat tahu lagi ini.
tadi dah pergi ke sekolah.
jam 11.30 pagi.
masih belum dapat lagi.
jam 12.15 dapat info, petang sikit baru dapat tahu.
result baru sampai kat sekolah.
perlukan masa untuk cikgu bagi pada student.
jadi kami pun blah dulu.
jam 1 ada appt, kat puchong jaya.
harap2 aiman call.
tapi hpnya pulak kong.
hi!hi!hi!
dalam x mengharap,
harap juga, itulah orang tua.
padahal perjalanan masih jauh lagi.
masih panjang lagi, masih belum tamat lagi.

ada yang suruh guna sms. dah buat tak dpt result juga.
ramai yang masuk kot, atau salah taip nombor.
lebih seronok, pegang sendiri slip result.
hi!hi!hi! jenis x suka perubahan...
nak cara lama juga.
jam 4 petang baru balik.
jam 5 petang baru sampai.
dah ramai juga yang dok call.
tanya result.
"x tahu lagi."
sape tu yang ramai?
adala....
pak cik dan mak ciknya.
rakan niaga pun ada juga yang tanya....

tadi kat sekolah.
ramai juga ibu-ibu yang datang.
x sabar nak tunggu nak tahu result anak2.
ada yang dah tahu, melalui sms.
datang sekolah nak tenangkan anak.
yakin dapat 5A, bila dapat kurang,
kot2 anak kecewa sakan.

aku.
ok je, dapat berapa pun....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger