Jom Follow

Jumaat, 18 November 2011

Si Slow Makanan Si Laju.


Orang slow, makanan orang laju.
Jom lajukan pergerakan kita dan rakan niaga kita,
mana tahu ramai prospek yang join kita.
Masih ramai yang sedang menunggu kita,
cuma mereka tak suarakan sahaja.
Mereka setia menanti untuk ditaja,
dibimbing,dibantu dan dijayakan.
Cuma kita punyai alasan tersendiri untuk
tidak berjumpa dengan prospek tersebut.
Kelak ada orang lain yang gi jumpa, 
join terus SM, sesal kita.
Padahal mereka tu kawan kita, 
sedara mara kita.
Kita tahu pun, 
setelah bertemu dimajlis Anugerah Hai-o, 
seperti Anugerah Cdm esok.
Tak ke sesal, tapi mulut tetap bersemangat
" ramai lagi orang lain."
Tapi hati kecil tetap berkata
"ruginya, aku lambat gi jumpa padahal dah ada no hp."

Jauh sikit tak apa.
lepas kerja sempat lagi gi.
setakat Johor, Penang, Pahang, Ipoh.
sempat gi dan sempat balik dan bisa gi kerja lagi esoknya.
gi dengan rakan niaga.
boleh gilir drive, boleh gilir tidur.
jumpa 1,2 prospek dan balik.
lagi ok, kalau prospek dah bawa beberapa dokumen perlu.
sebelum gi tu dah terang2 sikit, agar memudahkan kerja.

Sejak akhir2 ini,
dah ramai yang berani terbang jauh. 
syukur, semakin laju dan lebar wilayah takluk.

Network mula meluas, rakan niaga semakin ramai.
kaki semakin mendalam, kaki semakin lebar.
Insyaalah income pun semakin meningkat.
Penat sikit tak apa, bukan selamaya.
Ajar,bimbing, tuntun dan bila dah boleh bergerak sendiri,
kita tak penat lagi. Mungkin gi tak sekerap mula-mula bina.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger