Jom Follow

Sabtu, 19 November 2011

Kelas Khas USJ9.



Cdm Jai. Berkongsi ilmu semasa kelas khas semalam. Tak ramai tapi berkesan. Rata-rata yang hadir puas hati dengan ilmu yang diperolehi semalam. Besar gunanya untuk menaja. Besar gunanya untuk besarkan network. Besar gunanya untuk naikkan sales. Kelas ini percuma sahaja. Tak selalu ada. Buat bila perlu sahaja. Mula pun jam 10.30 malam. Namun begitu tetap tarik rakan niaga untuk datang, ambil ilmu.

Tekun mencatat nota. Tekun rakam video. Gandingan pasangan suami isteri. Cikgu Maxwell Zaini bersama pasangannya Cikgu Jessica. Terbang dari Sibu untuk Sambutan Majilis Ulang Tahun Hai-o yang ke 19. Datang sehari awal. Kesempatan yang ada digunakan untuk tuntut ilmu. Bekalan untuk berjuang di Sarawak nanti. Ketekunan dan kerajinan telah terbukti. Tunggu masa untuk meletup sahaja. Tunggu dapat rentak biz sahaja sekarang. Aku pasti, jalan menuju pulau impian semakin mudah. Tahniah buat anda berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger