Jom Follow

Isnin, 7 November 2011

Diberi Pampasan Serendah RM22.20

22 pekerja anak syarikat kerajaan negeri dibuang ketikan Adiladha.

Kuala Terengganu: Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu, Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.

Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan pensrukturan semula.

Lebih malang, apabila ada di antara kakitangan yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 itu diberikan faedah pemberhentian tidak setimpal apabila salah seorang daripada mereka diberi pampasan berjumlah RM22.20.

Bekas Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran syarikat berkenaan, Mohd Razak Salih berkata, surat pemberhentian kerja bertarikh 1 November itu diserahkan kepada mereka Khamis lalu ( 3 November).

"Pemberhentian kami ini berkuat kuasa pada 8 November ini iaitu pada tarikh sepatutnya masuk kerja selepas cuti umum Hari Raya Aidiladha," katanya ketika ditemui bersama rakan-rakannya di Gong Badak dekat sini kelmarin.

Menurut Mohd Razak, penamatan perkhidmatan mereka oleh syarikat tidak dilakukan secara adil menyebabkan mereka kini hilang tempat bergantung dan mereka berharap campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi membela nasib mereka.

Jelasnya, sebelum ini dia cuba berjumpa dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus TADC namun pada tarikh sutar itu diserahkan kepada mereka dua individu berkenaan tidak kelihatan di pejabat mereka di Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenganu (PMINT) di sini.

"Saya juga cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi panggian kami tidak dijawab,"katanya yang turut menjelaskan mereka dipilih antara lebih 70 kakitangan syarikat berkenaan untuk diberhentikan.

Katanya, dia cuba merujuk masalah mereka ke Jabatan Perusahaan dan dia diberitahu pemberhentian kerja seperti yang dilakukan ke atas mereka hanya boleh dilakukan jika mereka merupakan pekerja bermasalah.

Tambahnya, beliau berharap agar campur tangan Ahmad dapat menyelesaikan masalah tersebut memandangkan mereka mempunyai tanggungan tambahan dua bulan lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka.

Aku- hanya boleh bersimpati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger