Jom Follow

Isnin, 7 November 2011

Tidak Semua Pelajar Mampu

Cadangan PTPTN henti pembiayaan ke IPT

JOHOR BAHRU:  Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bermula 2013 disifatkan tidak tepat, sebaliknya akan diperhalusi daripada pelbagai aspek.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan berkaitan cadangan itu perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira semua aspek kerana membabitkan sara hidup pelajar yang sebahagian mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Saya difahamkan itu hanya cadangan, malah sebenarnya perlu dibawa ke peringkat kementerian untuk diteliti.

"Kami perlu sedar ada penuntut IPT tidak berkemampuan, jadi saya percaya perlu ada pinjaman sara hidup bagi menampung kehidupan mereka sepanjang tempoh belajar.

" Sehubungan itu, pinjaman pembiayaan yuran dan sara hidup tetap diberikan kepada penuntut IPT," katanya selepas merasmikan Pertandingan Bola Keranjang JJVC Persatuan Kristian Johor Bahru di Plentong di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkaitan cadangan menghentikan pemberian pinjaman PTPTN bermula 2013 bagi mengurangkan tanggungan yang terus meningkat.

Cadangan itu dikeluarkan pada 31 Oktober lalu ketika mesyuarat Lembaga Pengarah PTPTN sebagai alternatif mengurangkan beban akibat jumlah peminjam yang semakin ramai setiap tahun.

Mohamed Khaled turut menyarankan PTPTN mewujudkan dana jkhas daripada orang ramai, syarikat berkaitan kerajaan( GLC) atau badan berkanun bagi menampung dana pinjaman pendidikan.

"Kami berharap PTPTN dapat mencari dana tambahan seperti wakaf atau sumbangan pelbagai pihak yang prihatin bagi membantu menampung pembiayaan penuntut.

"Aspek ini perlu diberikan perhatian dan dimantapkan kerana jika ada dana yang besar, penuntut kurang kemampuan tidak perlu membayar banyak kerana ada dana melalui sumbangan yang diurus selia PTPTN," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan pensyarah supaya berhenti bertugas sebagai pensyarah jika mahu terbabit dalam politik.

"Jika hendak berpolitik, lebih baik berhenti jadi pensyarah, tidak perlu terikat dengan sebarang tindakan," katanya mengulas tindakan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Dr Abdul Azizi Bari yang memberi ceramah bebas di Taman Saujana di sini, kelmarin.

Aku- Jom simpan duit banyak2. Kita hantar anak belajar kat IPT dengan duit sendiri. Tak payah lagi guna PTPTN. Bukan setakat IPT dalam negara kita mampu malah ke luar negara sekali pun. anak tamat belajar dah dah terbeban dengan hutang. belum hutang2 lain yang seterusnya akan mengikat ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger