Jom Follow

Isnin, 21 November 2011

Lagi Sambutan ke 19 Tahun...


Lagi ulang tahun ke 19 Hai-O Marketing Sdn. Bhd.
Dah 19 tahun rupa-rupanya syarikat hai-o. Sekejap saja masa berlalu. Tahun depan dah cecah 20 tahun. Namun begitu, sentiasa ada suara-suara sumbang mempertikaikan kehebatan Hai-o. Kata MLM ni penipu. MLM tak boleh buat. MLM tak bertahan lama. MLM bukan perniagaan tapi penuh muslihat. Dah 19 tahun, bukan satu bukti nyata. Memang aku akui ramai yang gagal. Cuba tanya dulu kenapa gagal. Gagal bila kita berhenti berniaga. Gagal bila kita dah tak buat lagi. Sape2 yang masih buat. Mereka belum gagal. Mereka berada atas landasan kejayaan.

Aku bersama Taipan Warriors. Masih ghairah berjuang. Masih belum mengaku kalah. Kalah bukan pilihan terbaik mereka. Lebih baik terus buat sehingga kejayaan dicapai. Lambat atau cepat bukan soalnya. Janji terus jalani perniagaan ini. Income tiap-tiap bulan masuk. Tiap-tiap bulan menabung. Tak perlu buat sepenuh masa pun. Lepas kerja, buat biz. Jumpa 2,3 orang prospek sehari. Jual 3,4 kotak Maharani, PB, PA..pun dah ok. Paling penting hari-hari bertindak. Tindakan kecil akan bawa tindakan yang lebih besar. Serta kejayaan yang lebih hebat lagi.
Tersenyum riang. Happy sakan. Gumbira. Hingga kini masih berjuang bersama hai-o. Rezeki masih masuk melalui perniagaan ini. Ketika kawan-kawan menolak. Ketika kawan-kawan berhenti. Ketika kawan-kawan mati. Mereka tetap buat. Mereka tetap lakukan penajaan. Mereka tetap jumpa prospek. Tak give up2. Keyakinan mereka tetap utuh terhadap potensi perniagaan MLM, terutamanya hai-o  bersama akademi taipan181.
Tan Sri Osman S Cassim(Pengerusi Kumpulan Hai-O, tiup lilin sempena sambutan 19 tahun Syarikat Hai-o Marketing. Disebelahnya kanan Encik Teoh Nee Siang(Pengurus Besar Hai-O Marketing), Sebelah kiri Encik Tan Kai Hee(Pengarah Urusan Hai-O Marketing).
Lebih 5000 orang pengedar Hai-O yang hadir. Ada juga yang belum jadi ahli. Datang nak tengok dengan mata kepala sendiri kehebatan perniagaan Hai-O Marketing. Ternyata tak mengecewakan. Dapat suntikan semangat. Dapat inspirasi untuk terus cipta kejayaan dan kekayaan bersama Hai-O Marketing.
Bakal2 Jutawan Hai-O. Belum jadi, tapi dalam prospes nak jadi. Selagi berterusan buat. Selagi tak berhenti menaja. Selagi tak berhenti jumpa prospek. Selagi tak henti hadir kelas BOP.
Rujuklah mereka yang berjaya.
Jangan tanya mereka yang dah berhenti berniaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger