Sahabat Blog.
Sahabat Biz.
Dah bulan baru. Sales baru. Prospek baru. Jumpa leader baru. Asah leader lama, agar lebih tajam mindanya dan lebih luas empayar biz. Leader lama, lebih tabah berjuang, lebih terang destinasi yang dituju.
Buka buku baru. Buku lama, simpan. Bacanya untuk ambil panduan supaya lebih hebat dan selangkah ke depan antara pesaing.
Cipta sejarah baru, yang lebih indah. Rekod baru bakal tercipta. Masing-masing bekerja. Masing-masing beri komitmen tahap tertinggi. Ada yang belum sepenuhnya bergerak, tapi usaha ke arah itu sedang berjalan. Kalau tak ada apa-apa hal, Akademi Taipan181 bakal menawan Malaysia dan Indonesia sikit masa lagi. Bergerak bersama, strategi terkini serta merebak seluruh negara. Jadual semakin penuh, minta dibimbing serta nak tengok praktikal presentasi marketing plan. Ada yang dah tak menang tangan. Kalau boleh pecahkan badan pun mereka sanggup. Tahniah buat mereka yang bertahan dan kini sinar gemilang tersingkap perlahan-lahan. Ke sana, ke mari. Jumpa sana, jumpa sini. Terkejar ke sana, terkejar ke sini. Hp sentiasa berbunyi. Sms sentiasa masuk. "dana dah lulus". "dokumen dah siap"."bila nak ambil dokumen"."bila free,nak ajak jumpa member".
Buka fight terbaru. Jom fight, jangan buat alasan lagi. Alasan buatkan kita terus ketinggalan. Alasan buatkan kita berada ditakat lama. Alasan seolah-olah membunuh benih kejayaan yang tersedia depan mata. Tetapkan matlamat, biarlah sejelas-jelasnya. Bukan matlamat yang kabur, semakin lama terus padam. Untuk fight terbaru. Paling mudah. Paling senang. Pastikan seramai mungkin kita bawa rakan niaga. Kena tetapkan jumlahnya. Jangan cakap ramai. Ramai tu berapa? Jelas. Kena jelas.
Nak bawa 10 rakan niaga. Nak bersama 20 rakan niaga. Nak enjoy bersama 30 rakan niaga. Satu bas pun boleh. Ayuh tetapkan matlamat tersebut. Jangan acuh tak acuh pasal penetapan matlamat. Penentu kita punya gerak kerja. Penentu kita punya ketekunan. Penentu kita punya semangat juang. Penentu kita punyai kerajinan.
Utara 1 bas atau 2 bas. Kena tetap. Kena setkan betul-betul. Sabah pun 1 bas. Tak ada mustahilnya. Sebelum ini dah jadi. Nak jadi kali ini pun tak susah sangat. Pengalaman dah ada. Pengalaman dah penuh. Fight, fight dan terus fight. Melaka, N9, Kelantan...KL pun apa kurangnya...Semakin ramai yang munculkan diri dikelas-kelas. Rakan niaga baru pun mula tiba.
Projek terbaru, bakal memecut kenaikan pangkat. Dari Ddm ke Cdm jadi lebih mudah. Dari Dsm ke Ddm ke Cdm, jadi semakin lancar. Ssm ke Dsm ke Ddm ke Cdm pun semakin licin. Syarikat dah bagi pelincir. Syarikat dah bantu tolak. Syarikat dah bantu cas bateri. Apa lagi tunggu. Fight Cdm secepat mungkin, tak payah tunggu-tunggu lagi. Lagi cepat cecah cdm, lagi bagus. Itulah permulaan perniagaan sebenar anda.
Duduk dengan mentor, rangka strategi. Tambah dengan fight terkini. Semakin mudah. Semakin senang lonjak pangkat serta income. Melancong percuma, sape tak nak. Jalan-jalan tengok negara orang, sape tak nak. Shopping kat Vietnam, sape tak suka. Macam-macam ada. Murah pulak tu. Bekerja, pastikan diri sendiri layak, bawa duit dan shopping kat sana. Aku pun nak. Aku pun suka. Aku pun nak shopping.
Hanya 3 bulan sahaja. 92 hari sahaja masa fight. dah berlalu 3 hari. hanya tinggal 89 hari. 2,352 jam sahaja lagi tinggal. Tak lama lagi. Masa amat pantas bergerak. Tambahan lagi macam hal boleh halang kita dari fight. Hari Raya Haji, cuti sekolah, kenduri kendara, krismas dan banyak lagi peristiwa yang boleh menjejaskan pegerakan kita. Oleh itu, bertindak pantas dan cepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan