Jom Follow

Memaparkan catatan dengan label ptptn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ptptn. Papar semua catatan

Selasa, 22 November 2011

Lagi PTPTN.

PTPTN tidak paksa bayar jika peminjam belum kerja.

Kuala Lumpur- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan memaksa peminjam yang belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kerajaan sentiasa sedaya upaya untuk membantu pelajar bagi mendapatkan bantuan kewangan, malah kita juga bermurah hati untuk membantu mereka sekiranya mereka belum mendapat pekerjaan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail(PKR-Machang) mengenai pendirian kerajaan terhadap peminjam yang belum mendapat pekerjaan. 

Saifuddin turut menegaskan bahawa kerajaan akan membantu peminjam yang disenarai hitam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara jika mereka mendapat tawaran.

"Tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka telah disenarai hitam tetapi mereka datang ke PTPTN, kita akan bantu mereka kerana mereka mempunyai alasan yang munasabah," katanya.

Menjawab soalan Khairy Jamaluddin(BN-Rembau), Saifuddin berkata, kerajaan tidak bercadang meminda dasar PTPTN unuk mencakupi pemberian pinjaman kepada pelbagai kursus ijazah profesional seperti yang dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah(ACCA), Pengurusan Akautan Berkanun(CIMA) atau Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales(ICAEW).

Kepada soalan Matulidi Jusoh(BN- Dungun) pula, Saifuddin berkata, institusi pengajian awam (IPTA) tidak menawarkan yuran pengajian percuma terutamanya di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah(Ph.D).

Bagaimanapun, katanya kerajaan menawarkan penajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D di IPTA dan IPTS terpilih di bawah program MyBrain15 dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Aku- Nak kerja pun susah sekarang. Peluang perniagaan sentiasa terbuka luas. Asalkan rajin dan tekun sahaja. Modah paling ampuh adalah kemahuan meluap-luap dalam diri. Duit pun banyak masuk. Cepat boleh bayar PTPTN dan jadikan kita adalah orang terakhir dalam keluarga kita yang belajar dengan meminjam dari PTPTN.Insyaalah.

Isnin, 14 November 2011

Diperintah bayar hutang PTPTN

Membabitkan 69,573 pelajar sehingga Oktober lalu.

Temerloh - Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lalu.

Pengerusin PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan makhmah itu terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau semalam.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 8,143 pelajat disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang masih disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Aku- wow! banyak tu yang berhutang kerana belajar. Terpikir juga aku, x ada ke yang belajar dengan belanja sendiri. x sakit kepala dengan hutang PTPTN. ada juga yg masih x bekerja. macamana nak bayar hutang tu. Ingat hutang wajib dibayar walaupun x diminta. Itu duit rakyat. Bayarlah.
Ayuh, berniaga dan simpan duit banyak2. Anak2 belajar tanpa buat pinjaman PTPTN.

Isnin, 7 November 2011

Tidak Semua Pelajar Mampu

Cadangan PTPTN henti pembiayaan ke IPT

JOHOR BAHRU:  Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bermula 2013 disifatkan tidak tepat, sebaliknya akan diperhalusi daripada pelbagai aspek.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan berkaitan cadangan itu perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira semua aspek kerana membabitkan sara hidup pelajar yang sebahagian mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Saya difahamkan itu hanya cadangan, malah sebenarnya perlu dibawa ke peringkat kementerian untuk diteliti.

"Kami perlu sedar ada penuntut IPT tidak berkemampuan, jadi saya percaya perlu ada pinjaman sara hidup bagi menampung kehidupan mereka sepanjang tempoh belajar.

" Sehubungan itu, pinjaman pembiayaan yuran dan sara hidup tetap diberikan kepada penuntut IPT," katanya selepas merasmikan Pertandingan Bola Keranjang JJVC Persatuan Kristian Johor Bahru di Plentong di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkaitan cadangan menghentikan pemberian pinjaman PTPTN bermula 2013 bagi mengurangkan tanggungan yang terus meningkat.

Cadangan itu dikeluarkan pada 31 Oktober lalu ketika mesyuarat Lembaga Pengarah PTPTN sebagai alternatif mengurangkan beban akibat jumlah peminjam yang semakin ramai setiap tahun.

Mohamed Khaled turut menyarankan PTPTN mewujudkan dana jkhas daripada orang ramai, syarikat berkaitan kerajaan( GLC) atau badan berkanun bagi menampung dana pinjaman pendidikan.

"Kami berharap PTPTN dapat mencari dana tambahan seperti wakaf atau sumbangan pelbagai pihak yang prihatin bagi membantu menampung pembiayaan penuntut.

"Aspek ini perlu diberikan perhatian dan dimantapkan kerana jika ada dana yang besar, penuntut kurang kemampuan tidak perlu membayar banyak kerana ada dana melalui sumbangan yang diurus selia PTPTN," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan pensyarah supaya berhenti bertugas sebagai pensyarah jika mahu terbabit dalam politik.

"Jika hendak berpolitik, lebih baik berhenti jadi pensyarah, tidak perlu terikat dengan sebarang tindakan," katanya mengulas tindakan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Dr Abdul Azizi Bari yang memberi ceramah bebas di Taman Saujana di sini, kelmarin.

Aku- Jom simpan duit banyak2. Kita hantar anak belajar kat IPT dengan duit sendiri. Tak payah lagi guna PTPTN. Bukan setakat IPT dalam negara kita mampu malah ke luar negara sekali pun. anak tamat belajar dah dah terbeban dengan hutang. belum hutang2 lain yang seterusnya akan mengikat ..
Powered By Blogger