Sahabat Blog.
Sahabat Biz.
Jumaat 11/11/11.
Aku dan Cdm Kartini,
terbang ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu.
Sabtu, 12/11/11 ada kelas pengukuhan khas Sabah.
Dah agak lama, kelas sebegini x dibuat.
Masing-masing sibuk dengan group masing2,
hinggakan untuk berkumpul ramai2 untuk gali ilmu dari cdm Otai,
pun tak sempat. Ramai rakan niaga baru dan lama sedang bangun.
Kelas pengukuhan khas.
Di adakan untuk projek terbaru
"tawan Sabah seterusnya tawan Bukit Jalil 2012."
Lebih 30 leader baru dan lama turut hadir.
Ambil amanat dari Cdm Kartini dan tips dari Cdm Ku Yah.
Buat bekal untuk merangka dan memenangi pertarungan seterusnya.
Bukan lawan dengan brooo!
tapi lawan dengan diri sendiri.
Lawan malas yang bertapa dalam diri.
Buang jauh2 sifat malas yang mengikat kita dari terus maju.
Kudat datang.
Keningau sampai.
Ranau tiba.
Lawas muncul.
KK jangan cakap la.
Lama dan baru ada.
kutip ilmu sebanyak mungkin.
asah parang juga perlu, selain kerja menebang.
Sekitar kelas tersebut.
Kat LCCT, sempat lagi membaca. Mana tahu ada yang sangkut dengan biz yang sedang dibuat. Boleh kongsi info dengan rakan niaga. |
Kali ini Airasia jadi pilihan. Senang beli tiket. Kat IOI ada. Dok kat hot seat. Lebih panjang sikit. Rezeki kot. Tidur sepanjang penerbangan ke Kota Kinabalu. 2.30 jam. |
Lunch time. Pekena kari kepala ikan krishna. wow! Dsm Arsyad dan Cdm Kalthom Magit yang teman kami makan. Terima kasih. Bawa kami makan kat sini. Berbaloi2. |
Sape punya keta? Teruja aku, bila ternampak AT 181 Sabah. Jom tawan Sabah. Jom sampaikan peluang ini kepada seluruh warga Sabah. |
Branch Sabah di Iramanis. Sepenuhnya dikuasai oleh Akademi Taipan181. Buat BOP, kelas pengukuhan dan punch sales. |
Hai-o boleh. Sabah boleh. |
"Dengar sini Sapiad Lumpisau"; Kata Cdm Julasbi. |
Dumanti Laihon dan Rosnani Minal; datang dari Keningau. |
Cdm Maidah bersama rakan niaganya. Dengar kelas dan ambil baja terus... |
Sebelum kelas bermula. Masing2 dok tengok majalah hai-o. |
Tajuk Majlis Ilmu Cdm Kartini. Tak rugi sape yang hadirkan diri. |
Sebahagian rakan niaga yang hadir pada kelas sabtu lepas. |
Ini kat terminal 2 airport KK. Delay lagi. Tak dinamakan airasi kalau tak delay.hi!hi!hi! sempat juga chat dengan rakan niaga. booooom....booooom.. |
Good. Best. Cdm 2012 pasti capai. kelas ini telah buka lembaran baru. akan gempak lagi satu sabah. akademi taipan181 punya penangan. |
Sempat lagi perturunkan marketing plam pada rakan niaga baru. buat lebih banyak kerja gini, baru cepat dinobatkan cdm. |
Nak jadi kena buat.
Buat pulak jangan berhenti.
Jangan malu jumpa prospek.
Jangan malu nak kongsi peluang dengan prospek.
Kita kongsi, nak bantu mereka jadi kaya.
Bukan kongsi nak ambil duit 'dia'.
Ramai juga Cdm yang ada.
Nak tulis kat sini, takut ada nama yang tercicir.
Ada yang sakit hati pulak.
Dah ramai yang bangun kembali.
dikejutkan oleh hantu shopping Vietnam.
Tapi masih ramai juga yang sedang mamai.
Tak tahu dah bangun ke masih tidur.
Hikhik...ada wajah dikenali pula.. ^_^
BalasPadam