Jom Follow

Jumaat, 25 November 2011

Terkaya di Indonesia.


Jakarta: Kedudukan tiga daripada 40 tokoh paling kaya di Indonesia tahun ini hampir tidak berubah berbanding 2010.

Nilai kekayaan mereka juga jauh lebih tinggi berbanding tokoh lain yang ada dalam senarai berkenaan.

Tiga hartawan utama dalam senarai Forbes itu dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM103.5 bilion atau 38% daripada keseluruhan harta 40 tokoh berkenaan.

Tiga tokoh itu ialah pasangan adik-beradik R Budi dan Micheal Hartono, Susilo Wonowidjojo dan Eka Tjipta Widjaja. 

R Budi dan Micheal Hartono adalah pemilik Kumpulan Djarum yang memiliki harta bernilai RM44.6 bilion.
Aset utama menguntungkan mereka ialah kilang rokok Djarum dan Bank Central Asia(BCA).

Susilo, 55, pula memiliki syarikat Gudang Garam dan meningkat kekayaannya menjadi RM33.5 bilion berbanding 2010, manakala Eka Tjipta, 88, memiliki harta bernilai RM25.5 bilion dengan perolehan utamanya datang dari Golden Agri-Resources.- Agensi.

Micheal Hartono.
R Budi Hartono.
Eka Tjipta Widjaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger